Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Marhaban Ya Ramadhan!



Bismillah. Alhamdulillah. 45 minit yang lepas semua umat Islam telah bertemu dengan Ramadhan *suka dan hepi*. Tapi, aza tiba2 rasa sayu sebab teringatkan keluarga yang telah tiada. Tak berkesempatan nak menyambut Ramadhan yang mulia bersama mereka lagi *muka sedih*. Mungkin juga Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat aza. Mana kita tau kan? Ajal, maut ditanganNya *muhasabah diri*. Mudahan Ramadhan kali ini aza dapat pertingkatkan iman, perkuatkan rohani dengan amalan2 yang mulia, InsyaAllah, ameen *azam*. Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sama ada sedar atau tak sedar. Semua yang aza kongsikan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Semua untuk renungan bersama dan untuk tatapan hiburan hati pembaca blog *perasan ada orang baca blog dia*. Berkat Ramadhan, DIA datangkan sedikit ujian untuk diri ini. DIA meng'uji' kesabaran ini di saat2 yang tidak diinginkan. Mungkin inilah ujian dariNya untuk menilai ketabahan diri hambaNya yang lemah ini. Berdasarkan ayat Quran ini : "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian." (Muhammad:31). Sabar adalah separuh dari IMAN. InsyaAllah, mudahan segala ujian yang bakal menimpa, aza akan cuba laluinya dengan tabah dan tenang.Kerana 'status' kita sebagai hambaNya memang layak untuk diuji. DIA ingin melihat sejauh mana kekuatan dan ketaqwaan kita menghadapinya. Allahu :'(



2 Comment(s)