Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Aza dah berpunya?


"Aza dah berpunya ke?"
"Kak aza dah bertunang eh?"
"Aza, nak tanya. Dah ada yang masuk meminang aza?"
"Aza dah bertunang ke? Tak bagi tau pon." "Belum la" "Dah cincin tu" *sambil tunjuk cincin yang tersarung di jariku*. "Ohhh. Nie cincin biasa je. InsyaAllah, nanti kalau betol, aza akan jemput semua" *senyum*.

Inilah soalan yang sentiasa ditanya kepadaku setiap kali bertemu dengan sahabat2 sama ada di campus atau semasa reunion. Ada juga yang bertanya melalui roomate saya. "Aza dah bertunang eh? Siap pakai purdah ape semua". Roomate hanya memberi jawapan melalui senyuman "Entah. Tanyalah aza sendiri".

Kadang2 tergelak sendiri dengan gelagat sahabat2. Bermacam andaian yang diberikan. Tak mengapa, Tak terasa hati pun. Hanya tersenyum sendiri. Sememangnya topik 'hangat' ini tak pernah lekang di bibir mahasiswa mahasiswi di campus. Ada je masa lapang, mesti akan discuss topik nie. Termasuk saya dan roomates. Fitrah. Ingin dicintai dan mencintai. Tapi bagi diriku semua itu belum masanya untuk difikirkan. Masih banyak tanggungjawab yang belum diselesaikan buat keluarga dan ummah. Memang diri pernah juga teringinkan seperti itu. Tapi situasi tidak mengizinkan. Jujur, bukan riak atau takabbur. Na'uzubillah. Sekadar perkongsian. Ramai muslimin yang berjumpa direct dengan abah bertanyakan status diri. Namun, sikap tegas dan penyayang abah, abah menolak semuanya. Bukan memilih. Tapi seperti yang saya bicarakan di atas tadi. Tanggungjawab masih banyak yang belum diselesaikan. Tambahan, diri juga belum cukup matang dan bersedia untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang sememangnya mencabar dari yang disangka. Masih banyak yang perlu dipelajari. Terlalu banyak. Bak kata seorang sahabat "Nanti dulu. Tak puas lagi nak enjoy zaman bujang". Betol. Zaman bujang belum habis 'diterokai' lagi. 

Bukan tak cemburu dengan sahabat2 yang telah berkahwin di usia muda. Hanya doa yang mampu disampaikan buat mereka. Moga mereka sentiasa di bawah lembayung rahmatNya dan dapat tempuhi kemudi rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Tak risaukan sangat soal jodoh. Sebab Allah telah menetapkan jodoh,pertemuan,ajal,maut sejak azali lagi. Jika tidak bertemu di dunia, insyaAllah di syurgaNya. Serahkan segalanya pada Dia. Mudahan 'si dia' sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya. Doa sahaja yang mampu dititipkan buat 'dia'. Kamu menjaga, saya juga akan menjaga.

Buat sahabat2 yang masih meragui status saya. Jangan risau. Pabila telah tiba masanya, kalian semua akan saya jemput di majlis walimah nanti. Cuma masih belum pasti samaada dalam masa terdekat ini atau lama lagi. Sabar  ye. Tunggu dan lihat sahaja. *senyum* Hanya doa dari kalian yang saya harapkan. Mudahan jodoh saya itu orang yang baik dan soleh. InsyaAllah. Buat masa ini, saya milik Allah sepenuhnya. Bukan milik siapa2.


0 Comment(s)