Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Aza! Kenapa bukak?


Tiba2 teringat kata2 dari seorang sahabat sewaktu kami sama2 keluar berjalan2 di Time Square beberapa bulan yang lepas. Actually, saya temankan sahabat untuk berjumpa dengan kawannya dari institut lain. Lebih kurang dalam 3 orang macam tu. Termasuk saya. Salah seorang sahabat adalah ex-roomate di CFS dulu. Sementara roomate saya teman kawannya, saya dan ex-roomate ke arah lain untuk mencari cafe. Perut tiba2 terasa lapar. Mana taknya. Seharian berjalan dan naik turun lrt dari Gombak ke TS. Agak memenatkan juga. Tambahan lagi dalam perjalanan diuji pula dengan kawan roomate ketinggalan barang di KTM. Terpaksa menunggu untuk dapatkan balik barangan bungkusan tersebut. Akhirnya, kami bercadang untuk makan di food court saje disebabkan cafe semua penuh. Hujung minggu di Kuala Lumpur. Memang macam tu lah. Lepas siap order makanan dan minuman, saya mencari tempat duduk yang sesuai. Alhamdulillah, jumpa dan menghadap ke arah yang tidak terlalu crowded dengan pelanggan lain. Sahabat2 sudah mula makan. Kemudian, saya pon mula suapkan makanan dengan menyelak sedikit kain niqab. Agak payah sedikit sebab saya order nasi ayam claypot. Terlupa yang saya memang tak makan sangat ayam di bahagian tulang. Takut membazir, saya suapkan juga. Masa nak suap tu, macam biasa lah. Selak sedikit dan makan. Saat itu diuji sedikit sebab ada pelanggan lelaki di sebelah. Ayam yang nak disuap itu tiba2 jatuh. Malu, tapi buat tak tau je. Kemudian saya ambil keputusan untuk buka niqab. Khuatir nanti sahabat lama menunggu. Saya buka kain niqab yang menutupi wajah dan makan seperti biasa. Agak malu juga. Tapi saya makan sambil wajah tunduk ke bawah untuk mengelakkan wajah nampak di khalayak. Tiba2 sahabat yang duduk di hadapan tegur dalam nada marah juga.

"Aza! Kenape bukak? Hishh!"
Saya agak terkjeut. Tak sangka dia marah. Kemudian saya jawab.

"Alaa. Tak pe. Bukan wajib. Lagipon nanti takot saya makan lambat. Kesian korang nak tunggu."

"Laa, tak pe laa. Kitaorang boleh tunggu laa. Aza nie." *nada kecewa*

Sahabat yang seorang lagi hanya memerhati perbualan kami. Saya hanya senyum dan makan seperti biasa. Suasana waktu itu agak janggal sedikit. Mungkin sebab saya ditegur macam tu. Jadi malu untuk mengangkat muka. Apalagi untuk berbual. Selepas kami siap makan, kami sambung kembali berjalan2. Tiba2 saya terfikir peristiwa sebentar tadi. 

Tak sangka, sahabat menyokong diri ini untuk itu. Tak pernah saya 'ditegur' seperti itu. Sungguh tersentap dan sayu. Lemahnya hambaMu ini Ya Rabb. Masih belum bisa untuk istiqomah dalam mengamalkan sunnah. Menitis air mata. :'(

Peristiwa itu akan dikenang sampai bila-bila. Menjadi penguat diri saat diuji, insyaAllah.


0 Comment(s)