Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Cuti sem 1 2013/2014


Bismillah- Alhamdulillah wa syukurillah. Selamat sampai ke rumah lewat malam semalam jam 3 pagi sempena cuti semester 1 2013/2014. Sewaktu kaki melangkah keluar dari mahallah, sayu yang teramat. Ditambah lagi dengan rintangan untuk sampai ke destinasi. Dimarahi abah kerana plan yang dirancang sedari awal hancur dek kesilapan diri dan sahabat2. Namun, alhamdulillah. Ada hikmah. Dapat juga pulang. Sampai di Kemasik, yang hanya lebih kurang 15 minit lagi untuk sampai ke rumah, ummi telefon. 

"Kak, hujan lebat nie. Memang adik tak boleh nak keluar. Kakak duduk dulu la dekat balai polis tu. Ummi dah telefon balai polis, bagi tau kakak nak tumpang situ."

"Ok, tak pe mi. Pandai2 lah kakak. Tapi kat sini (Kemasik) hujan rintik2 je."

"Akak duduk je la kat situ. Nanti dah reda, adik pegila amik."

"Ok."
Mintak driver bas berhentikan betul2 di depan balai polis, turun sambil berlari untuk masuk ke dalam balai. Waktu itu, dengan hujan yang sangat lebat, pakaian memang tak payah cakap la. Basah kuyup. Nampak pintu pagar bertutup. Sangkaanku ia berkunci. Kemudian, tolak. Dan alhamdulillah. Boleh masuk. Rehatkan diri di bawah parking kereta sambil meninjau ke dalam balai. Gelap dan kelihatan samar2 sebab cermin mata dah basah. Ummi terus2 terusan menelefon. Khuatir barangkali. Yela. Anak perempuan, sorang2 pulak, hujan lebat lagi. Perasaan seorang ibu. Pasti risau. Mengerti. Rehat sambil berdoa agar hujan reda sedikit dan agar ada insan yang baik hati untuk tumpangkan. Tapi, harapan itu hanya dalam mimpi. Suasana sekitar sunyi. Sepi. Mana taknya. Jam 3 pagi dalam keadaan hujan lebat. Memang semua sedang enak dibuai mimpi. Pasrah sambil airmata menitis tanpa sedar. Bukan airmata kecewa. Tapi airmata penuh pengharapan. Agar hujan reda sedikit. Waktu itu hanya berharap pada Allah. Tiada yang lain. Tiba2 perut terasa lapar. Teringat yang ada bawak balik 'jajan'. Buka dan mencari dalam beg galas yang basah kuyup dek hujan lebat sewaktu berlari turun dari bas tadi. Kalau2 ada makanan yang boleh dimakan  untuk alas perut sementara menunggu adik. Doa tidak putus2 dipanjatkan pada Yang Satu moga selamat dan dipermudahkan segalanya. Telefon tiba2 berdering dan sekali lagi nama ummi yang tertera di skrin. Angkat.

"Kak, hujan reda dah nie sikit. Adik pegi amik."

"Ha, ok2. Akak tunggu." (tak perasan hujan mula reda... Hehe)

Bibir tak henti2 berdoa agar hujan reda sedikit. Kasihan adik. Malam2 terpaksa redah hujan untuk jemput kakak dia. Doa juga buat adik semoga selamat sampai ke destinasi dimana saya berada. Risau jugak sebab dia perempuan. Lewat malam keluar. Kita tak dapat duga bila ALLAH nak hantar ujian buat hambaNya. Kan? Dari jauh, kelihatan cahaya lampu motor. Syukur sambil menguntumkan senyuman. Hujan masih lagi lebat. Tapi tidak selebat tadi. Adik berhenti didepan gate, dan saya terus naik motor. Kesian tengok adik. Kesejukan. Menggigil tubuhnya. Tapi mulut tak berhenti duk bercakap. Cerita ape tah. Sebab menggigil. Tak faham sangat. Cuma angguk dan mengiyakan je. Lalu, saya peluk adik supaya hangat sedikit. Kami berdua redah hujan. Kadang2 bila teringat balik, kelakar pun ada. Kali pertama 'dating' dibawah hujan lebat. Alhamdulillah, sampai ke rumah. Kelihatan susuk tubuh ummi dari jauh berdiri di depan pintu rumah. Nampak ummi lega sikit lepas nampak anak2 dia selamat pulang kerumah. Adik cakap ummi dari tadi duk kehulu kehilir. Risau. Faham sangat perasaan ummi tu. Cuci kaki yang kotor dek lopak air sambil ummi mengunci pagar. Masuk kerumah dan salam peluk cium ummi. First thing yang adik tanya. "Kek batik adik mana?" Lucu adik kesayangan saya nie, Keluarkan dari beg, dan bagi pada dia. Suruh dia simpankan dalam peti ais supaya sejuk. Seharian dalam bas. Tak sedap kalau makan terus. Dia turut apa kataku. Bersembang kejap dengan ummi dan adik. Kemudian, naik ke atas dan masuk ke bilik untuk rehatkan diri. Penat. Terlalu penat setelah seharian mengharungi pelbagai ujian untuk sampai ke rumah. Selepas siap bersihkan diri, terus baring di katil dan terlelap hingga subuh.
Alhamdulillah. Ada hikmah disebalik semuanya. Hanya DIA yang tahu. Pasrah dan redha. Mudahan keberadaanku dirumah selama kurang lebih 3 minggu dapat memberi banyak manfaat. Actually, ada misi yang nak diselesaikan cuti nie. Misinya? Biarlah rahsia. "senyum"


0 Comment(s)