Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Dilema lagi.


Dilema...

Itu yang sentiasa dirasakan saat berdepan dengan situasi yang harus memilih antara dua. Dan keduanya itu ada hati2 yang perlu dijaga agar tidak terguris. Keduanya insan terpenting dalam hidupku. Setiap kali pulang ke rumah, isu yang satu ini tak pernah 'lari' dari diri. Hampir setiap hari ia singgah di lubuk hati dan fikiran. Sentiasa mengganggu. Allahu :'( Buntu. Sangat buntu. Teringat kata sahabat, 'kalau ayah panggil suruh amik air, tapi dalam masa yang sama ibu juga panggil. Kita wajib memilih ibu, kemudian baru ayah'. Tapi persoalannya, adakah 'teori' itu harus juga diaplikasikan dalam situasi yang dialami sekarang? Sukarnya Ya Allah. Setiap kali abah / ummi menyatakan hasrat mereka, saya sentiasa meminta pandangan dari adik. Tapi sayangnya, adik juga buntu. Sekali lagi diri ini mengeluh panjang. Ape yang harus ku lakukan? 

Pagi ini sewaktu sedang bersarapan bersama keluarga sementara menunggu adik perempuan bersiap untuk hantar dia ke sekolah. Kami bersarapan tanpa adik lelaki. Dia sedang 'berdengkur'. Heee. Sedang enak menikmati nasi goreng yang dimasak oleh ummi, abah tiba2 bersuara. Mungkin abah melihat saya tanpa 'itu'.

"Mana purdah kakak?"
Tersentap tanpa wajah berpaling ke arah abah/ ummi. Hanya tunduk menikmati makanan. Ibarat persoalan itu hanya berlalu seperti angin lalu. Abah kembali bersuara.

"ALLAH ada kat Kuala Lumpur je ke kak? Kat Kerteh tak de eh?" Wajah abah saat itu hanya biasa2. Marah tidak, cuma ada sedikit reaksi sedihnya. Allahu :'(
Sekali lagi terkedu. Hampir menitis air mata. Tapi cuba ditahan. Waktu itu wajah tiba2 berpaling melihat abah dan ummi. Ummi hanya diam tanpa kata. Saya juga hanya mendiamkan diri. Tau, hati abah kecewa sekali dengan diri ini. Yang masih belum mampu istiqomah dengan sunnah. Tiba2 terus teringat 'kata2' ummi yang kelmarin. "Kakak pakai la purdah, nanti abah marah ummi kalau halang kakak. Tapi lepas nie ape jadi jangan salahkan ummi". Mengerti. Nada suara ummi itu kelihatan seperti 'kurang' keikhlasannya. Saya tak mau ummi tidak ikhlas membenarkan. Nanti lain jadinya.

Isu ini sentiasa dibangkitkan apabila berada dirumah. Ape yang harus dilakukan? Pilih untuk menjaga hati abah tapi hati ummi terguris. Pilih untuk mengikuti kata2 ummi, tapi hati abah terguris. Abah sentiasa menguatkanku saat2 terjatuh. Itu kelebihan ayahku yang berbeza dari bapa2 lain. Tapi......... Hmm... Mengerti, harus lakukannya kerana Allah. Ya, memang saya lakukan kerana Allah. Tapi dalam masa yang sama ada hati insan yang wajib dijaga. Niat dihati memang teringin untuk terus istiqomah tanpa pedulikan kata2 orang sekeliling seperti ape yang sentiasa saya dakwahkan di Facebook. Tapi, diri sendiri tidak mampu mengamalkan ape yang didakwahkan. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah. Masih lemah dengan dugaan dunia. :'( Memang keluar sahaja dari kawasan Kerteh, kain kecil itu tidak ditanggalkan walaupun tau hati ummi terguris. Maaf ummi. Itu tekadku. Cukuplah hanya di kawasan kecil Kerteh dan kampung abah/ ummi sahaja wajahku 'diratah'. Tidak di tempat selain itu.

Hati ini sentiasa terhiris apabila abah menyoalkan hal itu. Pasti dalam dilema. Tau, ummi tidak mengizinkan bukan kerana hal2 buruk, tetapi kerana untuk memudahkan urusanku dan membuatku tidak 'dibuang' oleh sahabat2 sekolah. Ramai sahabat2 sekolahku tidak mengetahui penghijrahanku. Hanya segelintir yang mengetahui ekoran sekeping gambar yang diupload di laman sosial Facebook beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah, mendapat feedback yang baik. Mereka menyokong dari belakang. Untuk saat ini, saya memilih mengikuti kata2 ummi. "Maafkan kakak, bah. Akak masih gagal". Hanya mampu berdoa moga Allah membuka pintu hati ummi. :'(


0 Comment(s)