Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Pertemuan pertama yang membawa seribu makna


Uhibbukafillah =)

No words can express my feeling to them. Sayangkan mereka yang teramat. Pertemuan pertama di foundation IIUM telah mengeratkan ukhuwah kami sehingga kini. Ramlah, seorang yang sangat sangat rapat denganku. She is a talkative and friendly person. Kalau bercakap dengan dia, sampai pagi pun tak akan habis. Semua topik dibincangkan. Itulah dia. Everything about me she knows, malah keluargaku juga mengenalinya. Pertama kali bertemu, dia dulu yang menyapaku. Waktu itu kami sama sama sedang dalam minggu Ta'aruf di uia PJ. Kami sedang menjalankan latihan untuk bi'ah. Dia duduk bersebelahan denganku. Saya seorang yang pemalu. Jarang untuk memulakan dahulu perkenalan. Hanya tersenyum ketika sambil berpaling ke arahnya. Dia dahulu menegur sambil tersenyum. Masih ingat ayat pertama yang membuatkan kami boleh seerat ini. "Nama siapa?" "Siti Fatima Azahra." Asal mana?" "Terengganu" sambil senyum dan mengajukan soalan yang sama padanya. Dan yang membuatku teruja, dia juga asal negeri yang sama. Walaupun Terengganu bukan negeri asal kelahiran, tapi negeri itu telah menjadi seperti negeri asalku. Hampir 10 tahun lebih bermastautin di sana. Alhamdulillah. Sehingga berjaya belajar bahasa dan loghat terengganu yang sememangnya unik. Dari situ, persahabatan kami bermula. :')

Hanna. Seorang lagi sahabat yang dekat denganku. Seorang yang agak pendiam namun sering tersenyum dalam apa jua keadaan. Tak kira sedih, gembira. Itulah satu sifat yang saya kagumi yang ada pada dirinya. Kadang2 manja. Comel. =) Pertama kali mengenalinya di Foundation UIA Nilai. Dia hanya bersebelahan dengan bilikku. Mula2 tegur waktu kami sama sama akan menghadapi peperiksaan akhir. Dia tumpang untuk study di bilik kerana dormnya agak 'riuh' waktu itu. Inginkan ketenangan utk study, maka dia memilih kamarku. Dari situ kami mula kenal dan mula rapat apabila dipertemukan kembali di PJ dan ditakdirkan untuk berkongsi bilik bersama sama. Alhamdulillah. Gembira tak terkata. 

Kami berkongsi segalanya. Suka duka, pahit manis. Everything. Cuma kadang2 yang sedih, jarang nak share sebab malu bila mereka lihat 'kelemahan' diri. Hehe. Syukur yang teramat. Sehingga kini persahabatan kami kekal walaupun pernah diuji dalam perhubungan kami. Namun, alhamdulillah dengan sifat 'professional' kami dapat selesaikannya dengan baik dan positif. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Dengan itu, kami saling melengkapi, saling memerlukan

They become a part of my family. We shared everything. If u wants to knows me, ask them. Sure they can answer every single of it. 

Syukran Ya Rabb diatas pertemuan ini. Doaku sentiasa bersama kalian hingga ke akhirnya. Dan harapnya persahabatan ini bukan berhenti di sini. Tapi hingga ke akhirnya. Hingga ke Jannah. InsyaAllah :')


0 Comment(s)