Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Selesai sudah semester 1 tahun 1


Alhamdulillah 'ala kulli nikmah wa 'ala kulli hal.

Kita merancang dengan citacita, Allah merancang dengan cintaNya. Selesai sudah pengajian sem 1 year 1 di main campus. Keyakinan untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan tidak pernah menjadi impian kuatku. Kerna diri ini tahu tahap kemampuan. Dengan pelbagai ujian yang ditempuhi sepanjang sem 1. Semangat 'itu' semakin luntur. Kerisauan yang menebal saat keluar dari dewan peperiksaan selepas menduduki kertas terakhir masih segar di ingatan. Risau yang teramat. Dengan subjek yang dibawa agak mencabar sedikit. Hanya mampu serahkan segalanya pada DIA. Bila sahabat bertanya "Ape target aza?" Terdiam seketika. Takut untuk menjawab soalan itu. Tetapi gagahkan jua membuka mulut bagi memuaskan hati sahabat. "Aza target biasa je. Lulus je dah kira ok kot. Sebab subjek macam.....". "Ohh, tak pe aza. InsyaAllah kita boleh. Doa banyak2". "InsyaAllah. Amiin.".

Walaupun masih belum mampu untuk menerima gelaran "Dean List", namun rasa bersyukur yang teramat. Masih boleh membuat abah dan ummi tersenyum. Bukan menangis kekecewaan. Mungkin abah ummi ada sedikit kecewa, namun saya yakin mereka juga dapat menghembus nafas lega. Azam baru untuk sem 2 akan datang lagi beberapa hari. InsyaAllah. Moga dapat lebih bekerja keras dan berusaha untuk 'cover' kembali kesilapan yang dilakukan pada sem 1 yang lepas. Mudahan Allah membantu. Hanya DIA tempat pergantungan dan harapan.  Pesan seorang sahabat sewaktu ber 'wasep' dengan dia sebentar tadi. "No more Fb lepas nie". Tersentap. Namun ambil ia sebagai ibrah. Ada benar juga katanya. Terlalu sibuk dengan Facebook sehingga terabai sedikit pelajaran. Kesilapan itu akan dijadikan pengajaran agar lebih focus untuk sem depan. InsyaAllah. Sentiasa ingat pesan ummi: "Kena kuat hubungan dengan Allah, baru DIA bantu kita. Kalau hubungan dengan DIA lemah,rosak. Macam mana DIA nak bantu."

Asiff jiddan 'ala kulli hal kepada sahabat2 dan keluarga andai keputusan ini mengecewakan kalian. Selagi masih diberi peluang, saya akan ubah ia menjadi lebih baik. Hanya mohon bantuan doa dan kata semangat dari kalian agar diri ini menjadi lebih kuat. Syukran alaik. =)


0 Comment(s)