Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

As BRC (Block Representative Commitee)


*gambar hiasan*


Alhamdulillah wa syukurillah. Sem nie saya dan roomates 'mencuba nasib' untuk melibatkan diri dalam kokurikulum walaupun khuatir diri tidak mampu memikul amanah ini namun dengan keyakinan pada Allah, rasa kuat untuk meneruskan langkah dalam jalan ini. Terpilih sebagai BRC (Block Representative Commitee) untuk Blok E, Mahallah Hafsa incharge in Biro Cultural & Arts. Roomates juga mendapat jawatan yang agak bagus. Tahniah sahabat! Tumpang gembira dengan kejayaan kalian. Rezeki. Hanya DIA yang Maha Tahu.

Ada sahabat yang misunderstanding about last night situation in BRC first meeting. Semalam outing ke Masjid India untuk membeli barang keperluan. Tiba-tiba dapat call dari jiran bilik sebelah. "Aza, ada dapat mesej dari Madam tak untuk meeting BRC malam nie? Pukul 8". "Mesej? Tak de." "Kita ada meeting malam nie. Macam mana nie? Aku ada kt luar nie. Kau ada kat mana?" "Aku pon ada kt luar nie. Tak balik lagi." "Habis tu? Kau nak pegi tak meeting tu?" "Entah, tengok la mcm mana. Tak kot. Sebab balik, mesti penat." "Ok, kau jangan pegi meeting kalau aku tak pegi". "Baik waniiii" *niat memang dah lari. Bukan tak nak pegi meeting, cuma takut tak sempat. Balik dah penat.*

Sampai di bilik jam 7.30pm. Masih ada waktu 30 minit sebelum meeting. Biasa lah, dah sampai bilik, rehat dan kemas barang yg dibeli. Penat yang teramat! Kaki bengkak, sakit. Seharian berjalan. *sambil merungut tak nak pegi meeting*. Kemudian terserempak dengan roomate yg siap2 nak pegi meeting. "Awak, saya tak pegi kot. Bagitau la madam ye. Saya baru balik, penat." "Ok".

Selang beberapa minit selepas roomate turun untuk menghadiri meeting, dapat mesej dari roomate. "Awak, madam cakap tak payah mandi, datang je meeting. Sebab ada tugas yang awak nak kena handle." *kecewa. Kenapa madam tak pass je job tu pada roomates dan roomates boleh sampaikan pada saya. Kenapa mesti nak saya juga turun? Merungut tak habis2. Itulah kelemahan saya. Bukan tu je. Sebab lainnya adalah jawatan yg saya sandang. Tak berapa minat dalam jawatan itu sebenarnya. Sebab itu asyik merungut*. Selepas itu terus mesej pada seorang lagi sahabat yang sepatutnya wajib hadir juga meeting itu. Kemudian dia call. 

"Kau nak pegi ke? Aku kat luar lagi nie. Barang pon tak beli lagi. Kau kat mana?"
"Aku kat bilik dah. Baru sampai nie. Madam paksa jugak suruh datang meeting."
"Ohh, kau jangan cakap kat madam aku kat luar. Aku off phone. Nombor nie je aku on".
"Yelaaaa. Aku malas laa nak pegi" *sambil merungut*.

Kemudian, berbincang dengan seorang lagi roomate yang juga teman outing tadi. Cerita semua dengan dia. Nekad tak nak pegi meeting. Dah siap sediakan baldi untuk mandi dan membasuh. Tiba2 Allah datangkan rasa serba salah yang teramat dalam diri. Rasa macam tak bertanggungjawab. Dan terus ubah niat untuk pergi meeting. Kata dalam hati "pegi jela meeting. Bukan lama pon. Sekejap je. Boleh beli makanan untuk malam terus". Roomate tanya "aza nak pegi ke?" "ha'ah, aza pegila kejap. Rasa serba salah pulak".

Terus siap2 untuk pergi meeting. Sampai di bilik meeting, dalam keadaan muka yang penat, dan masam. Terpaksa gagahkan jua. Dalam sesi meeting itu, madam sebutkan nama dan jawatan masing2. Sampai pada giliran saya. "Siti Fatima Azahra, sebagai Biro Cultural and Arts." *madam tengok muka, tapi disebabkan penat. Hanya hadiahkan madam senyuman yang tawar* "Are u okay Fatimah?" "Yes, i'm okay". *muka masih dalam keadaan kelat. Seolah terpaksa menghadiri meeting*. Lebih kurang 1jam meeting kami. Dalam meeting itu, madam menyebut satu persatu nama dan jawatan kami. Seorang roomate diberi jawatan yang agak baik. Demi Allah, sikit pon tak de rasa jealous, dengki dengan apa yang dia miliki. Mungkin hanya perasaannya yang saya cemburu dek wajah saya yang kelat dan masam. Sebenarnya bukan itu sebabnya wajah saya kelat, tapi kerana penat dan letih. Harapnya dia tidak salah faham.

Semasa meeting, sekali lagi Allah campakkan rasa gembira saat bergurau senda dengan sahabat2 commitee. Tak tau kenapa. Terus hilang rasa penat dan muka kelat tadi. Senyuman terukir sehinggalah ke akhir meeting. Allahurabbi. M a s y a A l l a h! Ada hikmah disebalik semua ini. Allah itu Maha Kuasa. Dari rasa lelah dan penat dek godaan syaitan, Allah campakkan rasa yang tenang dan nyaman di sepanjang meeting itu. Betapa lemahnya imanku. Mudah digoda. Namun tanda Allah itu sayangkan hambaNya, DIA 'selamatkan' hambaNya dari terus hanyut dengan rasa amarah dan tidak puas hati dengan rasa tenang dan nyaman. Alhamdulillahirabbilalamin...

Usai meeting, saya dan roomate nak ke cafe untuk membeli dinner. Seorang lagi roomate mengundurkan diri cepat2 sebelum saya sempat bertanyakan sesuatu kepadanya. Memang sudah assumed, dia ada 'rasa' something dengan situasi sebentar tadi. Itu semua hanya perasaannya. Hanya melihat kelibatnya hilang dipandangan dengan rasa serba salah. "Maafkan saya sahabat. Kerana wajah kelat saya semasa meeting telah membuatkanmu berfikiran yang buruk2 tentang saya. Tak mengapa, saya redha".

Semoga sahabat tidak timbulkan fitnah dengan  wajah kelat semasa meeting kelmarin. Itu bukan kerana cemburu atau dengki dengan kejayaanmu, namun dek godaan syaitan dengan ketidaktenangan jiwa setelah pulang dari outing. Mana mungkin saya cemburu dengan kejayaan sahabat2. Malah turut tumpang gembira denga kejayaan kalian. Tahniah sahabat! Semoga kita sama2 dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan niat dan semangat yang betul. Semoga terus thabat dan qawiyyy! Bittaufiq.

Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati ini dengan semua rezeki yang DIA kurniakan. Syukran Ya Rabb! 1step forward. InsyaAllah, next sem nak try apply for MRC pulak. Nak tau MRC tu ape? Just wait and see. =)


0 Comment(s)