Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Istikharah memanggilku



Dirisik lagi oleh seorang syabab melalui Facebook. Allahurabbi! Terkejut. Tak pernah kenal atau bertegur sapa dengan 'dia', hanya pernah bersoal jawab mengenai jalan dakwah dan Tabligh kerana kebetulan saya dan keluarga juga berada dibawah jalan dakwah yang sama. Tak banyak yang kami bualkan. Sebabnya tak mengenali antara satu sama lain, tak pernah berniat juga untuk kenal siapa beliau. Tambahan juga, untuk menjaga ikhtilat. Ikhtilat itu memang sukar untuk dijaga, namun harus sentiasa berhati2.

Beliau seorang pendakwah di alam maya. Semua statusnya mengenai dakwah. Belum pernah saya ketemu post2 beliau yang melalaikan. Alhamdulillah. Itu juga salah satu sebab nama beliau berada didalam 'friend list'. Demi Allah, tiada niat lain selain untuk berkongsi ilmu. Agak terkilan juga saat pertama kali menerima inbox pertama dari beliau. Waktu itu beliau meminta sedikit nasihat mengenai hati. Saya hanya kongsikan apa yang saya tahu. Ilmu saya juga terbatas dan masih baru dalam jalan ini. Perbualan kami cukup sekadar soal dan jawab mengenai soalan yang beliau ajukan, tak lebih. Cukup berhati2 agar tidak mengundang fitnah. Alhamdulillah, sesi soal jawab kami selesai dengan baik walaupun di pengakhirannya saya sedikit ber emosi dek kerana jawapannya yang agak mengelirukan. Namun, beliau memahami dan tidak dibalas msj terakhir dari saya. Tak pe. Tak terkesan pun. 

Kelmarin, sekali lagi menerima inbox dari beliau. Inbox yang mengejutkan. 

"Ana nak tanya sesuatu".
"Silakan"
"Ana tak malu. Ana nak tanya, enti dan berpunya ke belum? Ana nak tau je".
"Err, *terkejut*. Ana milik Allah selamanya".
"Tahu, semua orang akan cakap milik Allah. Ana nak nikah, dan nak bawa isteri ke yamen. Syukran."

Mesej beliau itu tidak dibalas. Hanya mendiamkan diri kerana masih terkejut dengan apa yang beliau sampaikan sebentar tadi.

Perlukan masa, tak mau tergopoh dan tak mau pisang berbuah dua kali. Bukan boleh percaya sangat orang2 di alam maya nie. Kena berhati2 dan berwaspada. Pesan sahabat "jangan mudah percaya orang dalam alam maya nie, kadang2 nampak baik dari post2nya, hakikatnya di alam realiti na'uzubillah.". Jadi, berhati2lah dalam apa jua keadaan. 

Nak tahu jawapan? Rahsia.... Istikharah memanggilku.


0 Comment(s)