Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Saat mula mengenakan tudung labuh dan niqab



Alhamdulillah, hampir 7 bulan 'kain kecil' berada diwajah walaupun masih belum mampu untuk istiqomah dengan sunnah ini kerana faktor keluarga. Doa tidak pernah putus kepada Pencipta semoga keluarga dapat menerima sepenuhnya penghijrahan ini. Disamping itu, dalam keadaan keluarga menentang, masih ada sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dari belakang untuk terus kuat. Syukran alaik buat mereka2 yang menyayangi diri ini. Hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian. Doa juga sentiasa saya utuskan buat kalian semoga sentiasa didalam lembayungNya. 

Saat pertama kali mengenakan tudung labuh, alhamdulillah ramai yang menyokong. Terutama sahabat2 dan keluarga. Sangat bersyukur dengan berlatar belakangkan keluarga yang menjaga syariat, saya dan adik perempuan belum pernah mengenakan seluar jeans seumur hidup kami. Abah dan ummi SANGAT MELARANG KERAS memakai jeans. Katanya "jeans hanya sesuai untuk jin je, manusia tak sesuai langsung pakai". Hehe. Zaman jahiliyyah saya agak berbeza dengan orang lain. Tak perlu rasanya untuk saya lakarkan segalanya disini. Takut akan menangis bila teringatkan kisah silam itu. Hanya ALLAH mengetahui betapa peritnya untuk meninggalkan zaman silam. Namun gagahkan jua setelah DIA menghembus hidayah dalam diri. Saya akan coretkan sedikit dari kisah silam sebagai pengajaran buat sahabat2. Mudahan ia dapat membuka hati mereka2 diluar sana untuk berubah.

Dulu, sangatlah 'liat' untuk mengenakan tudung labuh. Bukan tak ada tudung labuh dirumah. Ada beberapa helai koleksi tudung labuh, namun kerana 'malu' ia hanya menjadi 'perhiasan' didalam almari. Hanya akan pakai bila dimarahi oleh abah. Kerana takutkan abah, terpaksa pakai juga. Suatu hari sekolah mengadakan majlis hari raya Aidilfitri. Seperti biasa, tudung menjadi masalah. Dek kerana 'malu' untuk pakai tudung labuh, malu digelar sebagai 'tunjuk alim' oleh sahabat2 disekolah, sanggup sembunyi2 keluar dari rumah supaya tidak bertembung dengan abah. Pernah juga 'spare' sehelai kain tudung yang ingin dipakai dalam beg kerana abah 'paksa' untuk pakai tudung labuh kesekolah. Kata abah "kalau tak nak pakai tudung labuh, tak payah pergi sekolah". Sayangkan sekolah, pakai juga tudung labuh tapi 'spare' yang lain untuk ditukar di sekolah. Allahurabbi T.T Teringatkan saat itu, menitis airmata. Jahilnya diri ini. Kerasnya hati untuk menerima kebaikan. Masih belum nampak 'pahala' untuk kehidupan di 'sana'. Abah dan ummi sentiasa inginkan yang terbaik buat saya dan adik2. Tapi dek kerana 'hasutan syaitan' lebih kuat, sanggup abaikan semuanya, sanggup tipu mak ayah. Cerita ini bukan untuk membuka aib sendiri, tapi berharap ia menjadi pengajaran buat sahabat2. Tak mau ia berulang dan terjadi pada sahabat2. 

Alhamdulillah wa syukurillah. Dengan rezeki yang ALLAH beri untuk melanjutkan pelajaran di UIAM, bertekad untuk berubah tanpa berpatah balik. Kali pertama menjejakkan kaki di UIAM, hati mula tertaut untuk mengenakan tudung labuh. Kerana tertarik dan tenang bila melihat muslimah2 yang cantik dan sopan dengan tudung labuh, dari situ hati mula jatuh cinta dengan tudung labuh. Itulah yang dinamakan hidayah ALLAH. DIA yang menghembuskan 'rasa' tenang itu saat melihat srikandi2 Islam di UIAM. Kemudian, tanam azam yang penuh dalam diri untuk mengenakan tudung labuh sebagai pakaian rasmi. Alhamdulillah, abah dan ummi adalah insan pertama yang gembira dengan pilihan saya itu. Terlihat wajah gembira pada raut wajah mereka saat melihat saya mengenakan tudung labuh. "Maaf abah ummi, kerana selama ini sering 'ingkar' dengan arahan dan perintah kalian. Walhal perintah kalian itu adalah penyebab anakmu menuju ke syurgaNya. Ampunkan hambaMu ya ALLAH. Ampunkanku dengan 'kejahilan' yang ada dalam diri ini". Teringat kata seorang ex-roomate di Nilai campus. "Aku tak pernah rasa malu dengan tudung labuh yang aku pakai. Tapi rasa bangga dan nyaman. Rasa ALLAH sedang melindungi aku. Walaupun 'kami' golongan yang sedikit, tapi alhamdulillah. Golongan yang sedikit inilah menjadi penyebab hidayah seluruh alam". Sentap! Ayat yang sangat menusuk. Dengan kata2 semangat dari sahabat membuatkan diri semakin kuat untuk berjuang mempertahankan tudung labuh. 

Sekali lagi hati 'diketuk' saat pertama kali menjejakkan kaki di main campus untuk meletakkan 'kain kecil' diwajah. Alhamdulillah, abah dan sahabat2 menyokong penuh. Seperti biasa. Dipandang jelek oleh sesetengah 'manusia yang masih jahil'. Saat berada di cafe2 atau di mana2, saya akan dipandang pelik oleh 'mereka'. Kata dalam hati "pedulikan aza, Allah ada!. Kuat kerana Allah" sambil tersenyum disebalik niqab yang dipakai buat 'mereka'. Mudahan 'mereka' beroleh hidayah suatu hari nanti. Mungkin 'mereka' lebih baik dari saya. Siapa tahu. Hidayah milik ALLAH.

Orang kata pemakaian kita refleksi diri kita , kekemasan diri kita . Bagi saya pemakaian menutup aurat yang besar dan longgar ini ialah identiti saya .Saya akan teruskan perjuangan mempertahankan pilihan saya ini . Apa yang saya harapkan hanyalah keredhaan Illahi bukan manusia yang busuk hati. InsyAllah. Ingat, berhijrah kan diri disertakan niat kerana ALLAH SWT, berdoa, istiqomah, akidah yang betul, InshaAllah Allah permudahkan. SEMOGA ALLAH REDHA.

TUDUNG LABUH BUKAN HANYA UNTUK INSAN YANG BERGELAR USTAZAH EKCELI, TAPI UNTUK SEMUA YANG BERGELAR WANITA MUSLIMAH PEREMPUAN GIRLS ~

Tudung perlulah melepasi paras dada seperti mana firman Allah SWT:

وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ 

"..dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.."

(Surah An-Nur, ayat 31)

Selain itu, tudung juga boleh mengelakkan daripada diganggu dan supaya dikenali sebagai wanita yang baik seperti mana diterangkan dalam al-Quran :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Tambahan lagi, wanita bertudung yang berbonggol seperti unta dilaknat oleh Rasulullah SAW seperti mana hadis :

"Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain berbuat maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya."

(Hadis Riwayat Muslim)

Itulah serba sedikit kisah penghijrahan saya. Moga menjadi pengajaran buat sahabat dan pembaca. 
~SEMOGA ALLAH REDHA~ :') Segala kekurangan datang dari saya, segala kelebihan datangnya dari DIA(ALLAH).


0 Comment(s)