Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Selamat Pengantin Baru.



Scroll down news feed di Fb. "Tahniah!" "Barakallah, semoga menjadi zaujah solehah" "Semoga dapat membina rumahtangga sakinah mawaddah warahmah" "Selamat pengantin baru".

Itulah ucapan2 yang dibaca dan ditatap di mukabuku. Tersenyum. Minggu nie ramai sahabat2 telah selamat menjadi zaujah/ zauj kepada pasangan masing2. Alhamdulillah dan tahniah! Cemburu. Namun apakan daya. Masih banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Belum masanya untuk memikirkan soal jodoh. Serahkan segalanya pada Dia. "Stalk" gambar2 nikah dan walimah sahabat2. Cantik gaun pengantin mereka. Majlisnya penuh dengan rahmat dari Illahi. Tiada yang melalaikan. Dan itu jua yang bakal menjadi impian saya kelak. InsyaAllah. Tiba2 teringat kata2 dari abah dan ummi pada malam terakhir bersama mereka sebelum mendaftar masuk ke uia. Bagi saya kata2 mereka itu kelakar.

" Kak, jaga makan nanti. Jangan makan benda gatal. Nanti sakit, susah. Nanti bila dah kawen, sakit macam nie susah la. Nanti masalah nak bersalin  bla...bla...bla" Ada sedikit masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan makanan supaya penyakit tidak melarat. Ujian Allah. Pedih, namun harus hadapinya. Ada hikmah. Penghapus dosa2.

Hanya mampu mengiyakan kata2 ummi dan mengangguk. Kelakar. Sempat lagi ummi fikir jauh ke depan.

Balas abah. "Sape nak kawen dengan kakak sampai sebut bersalin semua tu mi? Ada ke yang nak kawen dengan kakak?" Semua ketawa lepas dengar soalan dari abah. Balasku. "Tak baik la abah nie. Nanti kalau Allah buat sungguh tak de orang nakkan anak abah nie, macam mana? Doa tu..." Semua gelak je. Kemudian 'topik' itu terhenti disitu.

Faham benar perasaan abah dan ummi. Mana mungkin mereka tidak memikirkan masa depan anak2 mereka. Setiap hari mereka sentiasa memikirkannya sambil memanjatkan doa pada Pencipta agar masa depan kami adik beradik cerah dan dirahmatiNya. Itulah fitrah ayah dan ibu. Tiada ayah dan ibu yang tidak mengasihi anak2 mereka waima penagih dadah sekalipun mereka mahukan masa depan yang baik buat anak2 mereka.

Rindu. Hanya doa yang mampu disampaikan buat keluarga tercinta di rumah. Moga sentiasa baikbaik dan dilindungi Allah. :')


0 Comment(s)