Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

"Kamu menjaga, aku juga menjaga"



Bismillah- Alhamdulillah, Ahad lepas selamat sudah semuanya... Perjumpaan bersama wakil ahli keluarganya (adik perempuan) berjalan lancar walaupun agak terlewat daripada waktu yang dirancang. Pertama kali berjumpa empat mata dengan adiknya, seronok+gementar. Perasaan bercampur baur. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana rasa waktu itu. Namun saya sembunyikan dan berlagak 'cool'. Beberapa kemusykilan telah terjawab. Puas hati. Lega. Pertemuan kami agak singkat dek kerana adiknya perlu pulang awal kerana ada urusan. Sebelum beliau pulang, sempat kami bertukar nombor telefon. Kelmarin, menerima mesej daripada adiknya. Bertanyakan soalan privasi. Panjang lebar yang saya balas. Lega sambil tersenyum. Semuanya telah diluahkan. Pertengahan perbualan kami, beliau bertanya satu soalan 'exam' yang membuatkan saya teringat kembali kisah sebelum ini dimana saya perlu mengisi borang dan menjawab beberapa soalan daripada pihak lelaki dan membuatkan saya sedikit trauma. Allahurabbi! Terkejut. Namun saya pandang ia dari sudut positive saja. Ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Bukan mudah untuk 'menyunting' hati seorang lelaki yang hebat ini. Kerana saat dia memilih calon isteri, umpama dia memilih sebuah madrasah buat anak-anaknya. Syukur, dapat jawab soalan yang diberi dengan lancar namun tidak pasti adakah ia diterima oleh 'instructor'. Redha dan tawakkal. 

Hampir seminggu saya dan dia tidak berhubung. Mula ada rasa rindu terbit dihati, tetapi saya 'hantarkan' ia melalui doa'. Mudahan dia juga turut merasakannya. Ini jalan yang saya pilih dan inginkan. Tidak terlalu terasa walaupun kami jarang berhubung kerana saya masih berhubung dengan wakil pihaknya (adiknya). Ibarat saya sedang 'mengorek rahsia' dirinya. *tersenyum*. Terasa indah. "KAMU MENJAGA, AKU JUGA MENJAGA". Apa yang kami pilih ini insyaAllah akan menjadi penguat antara kami. Alhamdulillah, sepanjang hampir 2 minggu kami kenal segalanya perantaraan mahram/ orang tengah. Even mesej pun, saya kongsikan bersama sahabat. Bagi langkah berjaga2. Tidak ada rasa malu kerana memang ini yang saya inginkan. Rasanya, dalam setahun boleh dihitung berapa kerap kami akan berhubung. Syukur kerana dia juga memahami. Ditanya sahabat "Aza tak rindu ke? Jarang berhubung." Jawabku "Tak, insyaAllah.. Lama2 akan biasa dengan 'kejauhan' ni supaya dapat diisi saat sudah halal nanti. Lagi indah! *sambil tersenyum*". Ini jalan yang kami berdua pilih. Jangan ada yang mengungkit kerana kami tau apa yang kami inginkan dalam hubungan ini. Mohon doa' yang baik2 dari sahabat mudahan dipermudahkan segalanya. Plan pihak saya, akhir pengajian tahun ke 3/ awal tahun ke 4 pengajian ingin disatukan. InsyaAllah. Hanya merancang. Semuanya terpulang pada perancangan dariNya kerana DIA sebaik2 perancangan. Allahumma ameen. :')


0 Comment(s)