Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Majlis Mahabbah Rasulillah


Majlis yang teringin sekali kaki ini menjejakinya. Sudah jatuh cinta dengan majlis memuji kekasihMu, Ya Rabb. Pernah merancang untuk ke majlis Mahabbah Rasulillah tempoh hari, namun tidak diberi keizinan oleh abah dan ummi. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka tidak mengizinkan untuk ke sana. Husnuzhon. Mereka lebih memahami jiwa anak2. Wajib menganggap mereka PERFECT! Tetapi menitis airmata saat menerima mesej larangan dari abah kerana waktu itu sudah merancang segalanya bersama seorang kakak senior untuk sama2 ke majlis itu. Bila minta keizinan dari abah, dan abah melarang terus menangis. Memang itu sikap saya. Apabila mau kemana2, akan minta izin dari abah kerana saya masih lagi dibawah tanggungjawabnya. Kata seorang sahabat "Takpe, sabarlah. Nanti lama2 ayah dan ibu awak akan faham". Ada juga melontarkan jawapan sebegini "Aza kena kawen nie. Bila dah ada suami, boleh pegi sama2 kesana". Tersenyum. Dan harapnya begitulah. Itu juga menjadi impianku. Moga dapat bersama sama berkongsi saat indah di majlis ilmu ini bersama pasangan kelak. InsyaAllah. Sudah survey negeri yang selalu mengadakan majlis seperti ini dan negeri itu adalah Kedah. Setiap minggu, malah setiap bulan negeri jelapang padi ini tidak pernah sunyi dengan majlis ilmu. Apakan daya, tempatnya sangat jauh untuk dituju. Mudahan suatu hari nanti akan sampai jua ke negeri yang diberkati itu. :')


0 Comment(s)