Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Pertemuan kali pertama. . .



Bismillah- Tanggal 6 May 2014 menjadi tarikh keramat buat saya. Berhubung dengan entry yang lalu, tarikh itu menjadi permulaan segalanya. Syukur tak terhingga kepada Pemberi Cinta kerna diizinkanNya buat kami 'kenal' lebih rapat. Jam 9.30 malam kami bertemu empat mata buat kali pertama disaksikan 4 orang sahabat yang telah menjadi perantara antara kami untuk sesi ta'aruf. Bahagia, berdebar, kelu lidah saat melihat wajah dia betul2 depan mata. Sebelum ini hanya melihat dari jauh. Umpama mimpi apabila empunya diri yang telah lama diminati berada di depan mata. Tak dapat nak describe perasaan waktu itu. Mata tak sanggup nak menatap wajah dia dek  kerana malu yang teramat. Tapi saya dapat melihat melalui lirikan mata, si dia melihat diri ini. Mungkin tertanya2 bagaimana rupa wajahku dibalik sehelai kain purdah itu. Mungkin. Kerana itu fitrah seorang lelaki. Banyak yang kami bualkan. Actually, bukan 'kami' tetapi sahabat2 yang duk sibuk mengusik dan lebih excited berbanding diri saya sendiri. Saya lebih memilih berdiam diri dan hanya menjawab soalan yang ditanya. Itu pun soalan yang ringkas. Kerana malu yang teramat! Dia juga begitu. Bila diingatkan kembali, kelakar pun ada. Tapi bagiku itulah yang bakal menjadi kenangan buat kami. InsyaAllah. Sesi penutup bagi pertemuan kami, sahabat2 memberi 'ucapan' harapan. Semua sahabat berharapkan yang terbaik. Kami juga begitu. Harapnya ini adalah yang terakhir. Mudahan dialah pilihan yang ALLAH berikan untukku. Kami sempat bertukar nombor telefon. Kata sahabat, melalui cara begitu kami akan lebih kenal rapat tambahan pula kami bakal tempuh cuti sem yang panjang. Wallahua'lam. Bagi saya, mungkin ambil masa sedikit kerana kami jarang berhubung kerana segan. ;) Katanya. walaupun sudah ada nombor antara satu sama lain, tetapi dia lebih memilih untuk menggunakan khidmat 'orang tengah' untuk masa akan datang. Kagum. Saat mendengarkan itu, hati saya bagai tersentuh dengan sikapnya yang menghormati 'privasi'. Memang itu juga yang saya inginkan. Menggunakan khidmat 'orang tengah'. Kerana saya bimbangkan ikhtilat antara kami tidak terjaga. Syaitan itu ada dimana2. Apalagi apabila dalam perhubungan yang belum sah. Bagi saya, melalui pertemuan kali pertama ini telah membuatkan saya kenal siapa dia serba sedikit. Alhamdulillah. InsyaAllah, cadangnya ingin memperkenalkan saya dengan adik perempuannya yang kini belajar di UM kerana masih perlu mengenal diri saya lebih dekat sebelum buat keputusan yang sebetulnya. Saya faham situasinya dan memberi 'green light' buat dia berfikir. Tak perlu gopoh kerana bukan mudah untuk menerima seseorang yang masih asing dalam hidup walaupun hakikatnya saya yang lebih dahulu kenal dirinya. Rasa diri dihargai bila bakal kita ingin pertemukan dengan wakil ahli keluarganya.

Bagi pihak saya, maaf yang teramat kerana masih belum cukup bersedia untuk menceritakannya kepada keluarga. Sangat memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat untuk berhadapan dengan abah dan ummi. Mungkin bukan dalam masa terdekat ini. InsyaAllah, apabila sudah tiba saat yang tepat, akan sampaikannya pada abah dan ummi.

Pagi ini saya menerima sekeping pesanan ringkas (SMS) dari dia. Isinya 'Saya cadang untuk bawa Zahra jumpa adik saya sabtu nie. Free ke?' Lebih kurang begitulah maksud mesejnya. Hati berbunga. Kemudian saya membalas ' Tengok dulu macam mana. Nak bincang dengan 'orang tengah' dulu. Kalau mereka free, bolehla.'. Menerima balasan dari dia 'OK :)'. Gembira tak terkata disamping ucapan syukur kepadaNya. Mudahan urusan dipermudahkan sabtu ini. Harapnya berjalan lancar tanpa sebarang halangan yang mendatang. Allahumma ameen. Masih berfikir dimana sesi pertemuan kedua akan dijalankan bersama ahli keluarganya.


0 Comment(s)