Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

RINDU?


Bismillah- Alhamdulillah... Hampir 3 minggu perhubungan dibina hanya dengan satu misi iaitu mendekatkan diri kepada Pencipta. Segalanya berlalu dengan lancar di dampingi orang tengah sebagai perantara antara kami. Masih lagi dalam tempoh perkenalan namun dengan cara ini saya semakin kenal siapa dirinya. Dengan apa yang dia miliki, itu membuatkan hati terpaut pada dia. Semuanya dalam peraturan Illahi. Mudahan dia pilihan yang tepat yang ALLAH telah tetapkan buat diri yang hina ini. Ya, masih terlalu awal tetapi dengan semangat dari sahabat2 membuatkan saya semakin kuat untuk meneruskannya. Suatu hari pernah terfikir untuk 'stop' perhubungan ini kerana diri ini sedar terlalu banyak kelemahan dan kekurangan untuk digandingkan dengan dirinya yang terlalu baik pada saya. Sifat dan sikapnya yang terlalu baik membuatkan saya terasa untuk menjauhinya. Pernah luahkan pada seorang sahabat, tetapi dimarahi kerana katanya 'Jangan la fikir macam tu. Korang perlu kenal dulu. Apela yang tak sesuainya? Korang sama2 baik' Allahu :'( Terasa diri ini hina kerana dosa2 yang telah dilakukan. Saya tidak sebaik yang disangka kerana ALLAH menutup aibku dihadapan kalian semua. Hanya diri sendiri yang tahu betapa hinanya diri ini. Pernah juga menangis kerana terfikirkan perhubungan yang baru bermula ini. Saya tabahkan untuk teruskan jua dengan kekuatan yang telah ALLAH pinjamkan. Mudahan dengan 'kehadiran' dia membuatkan saya semakin dekat denganNya. 

Semalam mungkin hari terakhir saya dan dia bertemu kerana kami berdua menduduki kertas peperiksaan yang sama. Selepas ini kami akan bercuti. Dia mengambil keputusan untuk teruskan pengajian di short sem, tetapi tidak saya. Saya akan teruskan cuti selama 3 bulan. Dalam maksud pendek, kami tidak akan bertemu hampir 4 bulan bermula kelmarin. Selepas ini kami akan meneruskan dengan kertas peperiksaan masing2 dan sememangya di lokasi dan waktu yang berbeza. Peluang untuk 'bertemu' itu sangatlah tipis. Saya redha. Hanya doa' menjadi penghubung antara kami saat ini. Rindu? Sememangya teramat rindu! Sampai kelmarin selepas pulang dari exam, menangis sewaktu solat dek kerana rasa rindu itu. Mana tidaknya, sehingga saat ini hanya 3 kali kami berhubung itu pun atas urusan penting saja. Tiada mesej2 yang melalaikan seperti 'tengah buat apa? Sihat? Dah makan? Macam mana hari nie?' Dialog seperti itu memang TIDAK AKAN WUJUD antara kami. Kerana saya sendiri kurang suka dengan dialog2 seperti itu. Memang tidak salah untuk bertanya khabar, tetapi diri saya sendiri kurang suka. Biarlah perbualan kami tidak 'seromantik' pasangan lain. Ini jalan yang kami pilih. MENJAGA. Dan pastinya di kemudian hari kemanisan itu akan terasa. InsyaAllah. Jujur, saya tidak pernah menyesal dengan pilihan dan jalan ini. Kerana ini yang SAYA INGINKAN. Mohon doa' dari semua agar dipermudahkan. Plan saya untuk sambutan Aidilfitri nanti ingin menjemput dia dan keluarga beraya ke rumah. Tetapi semuanya masih dalam perancangan. Perlu siapkan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan abah dan ummi. Pastinya akan dihujani dengan pelbagai persoalan dari keluarga. DOA. Itu saja yang saya dan dia mampu lakukan saat ini. Mudahan dipermudahkan. Allahumma ameen. :D


0 Comment(s)