Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Hanya sekelip mata


Tanggal 7 July 2014 jam lebih kurang 5 petang. Tarikh ini menjadi tarikh keramat dalam hidup saya. Satu kejadian yang tak akan mungkin dilupakan sampai bila-bila. Satu kemalangan yang membuatkan saya mungkin akan 'cacat' seumur hidup. Kalau pulih pun, tidak akan sama seperti dulu.

Allahurabbi. :'(

Allah uji, jatuh dari tangga bas semasa turun dari bas. Waktu itu sudah sampai ke destinasi yang dituju. Cumanya tidak seperti biasa. Biasanya bila saya sudah sampai abah/ adik sudah menunggu. Tapi tidak untuk kali ini. Abah belum sampai untuk menyambut kepulangan saya kerana saya sudah punya plan lain. Plan saya bila sudah sampai, ingin mencari kedai makan terlebih dahulu bagi mengisi perut yang kosong sedari pagi perut tidak diisi dengan apa2 makanan. 

Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Semua plan yang telah disusun sebelum cuti perlu di berhentikan dahulu bagi memulihkan keadaan diri seperti biasa. Tak sangka, sekelip mata jatuh, dibantu oleh seseorang. Alhamdulillah, Allah hantarkan dia. Moga hamba Allah itu sentiasa dalam rahmatNya. Pada mulanya ingatkan hanya jatuh biasa. Lama kelamaan sakit itu rasa lain macam. Kaki membengkak. Buku lali sudah tidak nampak 'rupa'nya. Sakit teramat hingga tidak mampu kaki untuk berpijak. Kemudian abah sampai, abah pelik apabila melihat saya jalan 'henjot2'. Abah tanya 'kenapa kaki?' Jawabku 'jatuh tangga bas' Abah marah 'macam mana boleh jatuh?!' Jawab saya 'masa tu sambil bawak beg' 'Kenapa tak letak beg kat bonet?' 'Driver tak bagi' Lagi bertambah kemarahan abah. Hanya mampu diamkan diri. Tak mau lagi curah air panas pada air yang sudah mendidih. 

Malam itu kaki makin sakit. Abah bertanyakan kepada sahabat2nya tukang urut yang boleh membantu. Yalah kan. Kaki terseliuh mana boleh dibiarkan lama. Nanti lama2 tak boleh berjalan langsung. Malam itu pegi kepada tukang urut. Kata tukang urut itu, buku lali lari. Kena masukkan balik. Kemudian dia urut, tarik dan sentap kaki saya beberapa kali bagi 'memasukkan' semula buku lali ke tempat asal. Sakit bukan kepalang. Saya menjerit seperti orang gila. Menangis sampai teresak-esak. Hanya Allah yang tahu rasa sakit waktu itu.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Cumanya buat masa sekarang saya tidak boleh gagahkan kaki lagi. Hanya bergerak menggunakan tongkat. Dirumah hanya menjadi 'tuan puteri'. Tidak melakukan apa2 kerja. Semua keperluan abah umi dan adik yang sediakan. Kadang2 saja membantu untuk lipat kain. Itupun terpaksa duduk dalam bermacam gaya. Kerana kaki tak mampu untuk bertahan lama. Beberapa hari lepas ke klinik untuk melakukan X-ray untuk pastikan sama ada patah atau tidak. Sekali lagi, bersyukur ke hadrat Illahi. Tiada sebarang kecederaan yang serius. Tulang saja yang bengkok sedikit. Nasihat doktor, kena selalu tuamkan dengan air batu sejuk untuk kurangkan bengkak dan sakit. 

Hampir seminggu sudah. Sudah boleh berpijak sedikit namun masih sakit. Tidak boleh gagahkan lagi kaki untuk berjalan. Syukran kepada sahabat2 dan si dia untuk doa' dan kata semangat. Moga Allah balas jasa kalian. Tak lupa juga kepada keluarga yang sentiasa ada disisi dan sabar melayan karenah yang kadang 'degil'. Mohon terus tembak saya dengan doa agar cepat sembuh dalam tempoh cuti semester 3 bulan ini. 

Sedih? Ada sedikit. Sedih kerana tidak mampu untuk pegi belaja di pondok. Sedih kerana semua rancangan perlu diberhentikan seketika. Ada hikmah. Terus sabar. 


0 Comment(s)