Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Insan yang penuh dengan dosa.



Bismillah- Entah kenapa hati tiba-tiba terasa sedih dan mahu menangis. Dengan itu juga semua kisah silam dan dosa-dosa silam kembali menerpa di kotak memori. Apalagi, laju saje airmata menitis. Allahu. Untuk menceritakan dosa-dosa yang dilakukan, tidak akan pernah habis. Terlalu banyak. 

Izinkan saya ceritakan sedikit 'intro' zaman jahiliyyah saya. Saya juga seperti kalian. Pernah jatuh ke dalam jurang maksiat. 2 kali saya terjatuh ke dalam jurang itu. Ya. 2 kali. Namun kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia  masih selamatkan saya dan menutup semua aib saya. Ramai sahabat2 meletakkan 'darjat' saya tinggi based on pakaian yang dipakai walhal disebalik pakaian itu adalah seorang insan yang kotor dengan dosa. Sahabat, Allah menutup aibku. Kerana itu kalian hanya melihat benda yang baik2 saja dalam diriku. Jujurnya, aku tidak sebaik yang kalian sangka. Hanya Dia dan saya tahu.

Dosa yang saya lakukan memang sangat perit apabila diingat kembali. Nak saja meminta Allah hapuskan semua memori kisah silam dan dosa2 yang telah saya lakukan itu. Namun apakan daya. Allah menjadikan memori silam itu sebagai pengajaran dan tarbiyah buat diri. 

Kadang sudah bertaubat. Namun masih kalah dengan hasutan syaitan. Mungkin taubat saya itu bukan 'taubatan nasuha'. Iman di dada masih belum cukup kuat. Allahu :'( Terlalu nipis dan lemahnya iman insan yang kotor ini. Sehingga mampu dihasut musuh Allah (syaitan) buat kali kedua. 

Perit. Sangat perit bila teringatkan dosa itu. Setiap kali teringatkan 'dosa' itu, pasti airmata akan menitis. 

Sahabat. Bersyukurlah kalian bila Allah telah hembuskan nafas hidayah dalam diri kalian. Hargailah ia. Jagalah ia sebaik mungkin. Jangan dikotori lagi untuk kali keduanya. Cukuplah hanya sekali kalian jatuh ke jurang yang menakutkan itu. Itu pesanku, buat sahabat yang baru berhijrah di luar sana.

Alhamdulillah, hampir 2 bulan sudah perhubungan 'kami'. Tetapi entah kenapa hari ini terasa hati cukup lemah dan tidak kuat lagi untuk meneruskan hubungan ini lagi. Bukan kerana dia ada melukakan hati. Bagaimana dia ingin melukakan hati ini bilamana kami hanya berhubung beberapa kali saja seminggu. Kadang itu seminggu tidak berhubung langsung. Itu yang membuatkan saya 'minat' pada dia. 

Hati tiba-tiba terasan lemah kerana diri ini sangat tidak secocok dengan dia. Bagai langit dan bumi. Apalagi dengan semua dosa yang saya lakukan tidak dapat dibandingkan dengan dirinya yang sangat baik itu. Khuatir jika diteruskan akan melukakan hatinya apabila 'rahsia' diri terbongkar. Entahlah. Bingung. Keliru. Apa yang perlu saya lakukan? Hanya Allah petunjuknya. Dia seorang yang baik. Terlalu baik buatku. Tak sampai hati ingin melukakan hatinya. Sebelum ini pernah saja 'rasa' itu datang menerpa. Ceritakan pada sahabat, dia memarahiku. Dia tetap beri semangat buatku untuk terus kuat bersama dia. Tetapi entah kenapa tidak untuk kali ini. 'Darjat' keimanan kami jauh berbeza. Ya Allah! Bingung. Perlukan masa untuk muhasabah diri dan 'suci'kan diri. Mungkin selepas itu akan dapat jawapannya. 

Bersabarlah duhai hati. Teruskan berdoa moga Allah teguhkan hati ini hanya untuk Dia dan dia. Qawiy ya qalb!


0 Comment(s)