Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Menerima 'inbox' di Facebook



Sudah beberapa kali menerima inbox di Facebook bertanyakan soal peribadi. Mungkin ramai sahabat yang 'cop' saya gilakan perhatian muslimin melalui post2 di laman Facebook yang membuatkan tidak putus2 menerima inbox dari muslimin. Demi Allah, tidak sedikitpun timbul rasa seperti itu. Laman Facebook memang saya gunakan sebagai medan dakwah alam maya kerana saya seorang yang pemalu untuk aktif di alam realiti.

Tidak pernah menyangka post2 yang saya tulis telah 'merosakkan' hati pembaca terutama muslimin sehingga membuatkan mereka bertanyakan soal peribadi. 

"Assalamualaikum, ukhti sudah ada empunya diri?"
"Ukhti sudah berpunya ke?"

Ada salah seorang dari penyoal, apabila saya balas "Ye, sudah berpunya" beliau seolah tidak dapat menerimanya dan membalas kembali "Allah yang punya". Ya, memang semua manusia itu Allah yang punya dunya wal akhirah, tetapi demi mencari redhaNya di dunia pasti ada seseorang yang menjadi pendorong ke arah itu. Sakit hati pula setelah membaca mesej balas dari beliau. Tidak menghormati privasi. Maaf, sangat anti dengan golongan seperti itu. Bukan mendoakan, malah seolah mengejek. Terus saja unfollow. Meluat pula rasa bila melihat post2nya muncul di newsfeed. 

Saya hormati setiap soalan yang masuk di inbox bertanyakan soal diri. Bukan niat untuk menunjuk, cuma tidak mahu menimbulkan fitnah dan demi menjaga hati pihak lelaki. Saya doakan moga antum menemui calon yang sesuai kelak. 

Mohon doa yang baik2 dari sahabat untuk hubungan ini. InsyaAllah, moga lancar saja hendaknya. Banyak tahun lagi yang perlu kami lalui dek kerana tanggungjawab kepada keluarga dan diri sebelum melangkah ke alam baru. Risau juga andai diri tidak kuat untuk ke tahun2 akan datang. Moga Allah sentiasa tetapkan hati ini hanya untuk seorang itu. Allahu yuftah.


0 Comment(s)