Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Semester 1 2014/2015 begin!



Bismillah- Alhamdulillah, 7 September yang lalu saya dan sahabat2 telah 'selamat' mendaftar untuk Semester 1 2014/2015. 

Kali ini, 'over' sayu dan sedih sebab ummi dan adik tidak dapat menghantar saya kembali ke unibersiti seperti semester2 yang lalu. Hanya abah dan adik lelaki yang melihat saya 'ditinggalkan' di UIA Gombak. 

Yang rasa macam nak menangis sekali, semester ini saya tidak lagi sebilik bersama2 roomates semester lepas. Kali ini pihak Mahallah yang atur segalanya. Alhamdulillah, saya masih ditempatkan bersama seorang kenalan dan 2 orang adik junior. Seorang dari BENL dan seorang lagi dari BAR. Baik dan lemah lembut saja mereka. Pendiam. Sunyi juga bilik bila hanya saya seorang bersama mereka. Manakan tidak, saya juga kadang seorang yang pemalu dan pendiam. Hanya memilih untuk berdiam diri jika tidak ada hal penting untuk dibicarakan.

Isnin lalu kelas pertama bagi semester baru bermula Moga semester ini Allah bantu kuatkan semangat kerana diri sering 'diserang' sakit. Moga Allah bantu.

Dah mula 'homesick!'.

Hujung minggu, insyaAllah ummi dan adik datang melawat. Terubat juga rindu. :')


0 Comment(s)