Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Hadiah ulangtahun kelahiran.



Bismillah- Alhamdulillah, semalam tanggal 24 Oktober 2014, genap sudah umur 2++ tahun. Moga usia diberkati, amalan diterima. Meningkat usia, kematian juga semakin hampir. Muhasabah sejenak untuk kehidupan di 'sana' kelak.

Ulang tahun kelahiran semalam, menerima 'hadiah' satu khabar buruk yang memberi impak besar pada diri. Yang akan membuatkan diri semakin kuat untuk bertahan bersama dia.

Mata sudah hampir mahu lelap, tiba2 menerima satu panggilan dari seorang sahabat karib (Lah) tepat jam 12.59 a.m.

"Hello, assalamualaikum Lah".
"Waalaikumussalam Aza..." *nada suara sedih dan cemas*
"Ye? Kenapa Lah?". Sangkaanku bakal menerima sebuah dendangan lagu "hepi birthday". Rupanya sangkaan melecet.
"Aza... L*****... Dia masuk hospital, pengsan. Mirul call Lah td. Dia cakap L***** masuk hospital".

Terus terbangun dari pembaringan. Terkejut, padangan tiba2 kabur. Seolah nak pitam.

"Ya Allah...." *dalam hati saya panjatkan doa buat dia di sana*
"Lah nak dtg bilik aza nie".
"Okey, datangla bilik bla bla bla".

Sampai dia di bilik saya, terus saya menangis dibahunya.

"Sabar Aza, kita call Mirul dulu. Tanya keadaan dia mcm mana sekarang".

Call Mirul, saya sendiri bercakap dengan Mirul.

"Mirul, L***** kenapa? Macam mana keadaan dia? Macam mana boleh pengsan?" Bertalu-talu soalan saya ajukan padanya.

"Aza, sabar. L***** dah sedar. Tak tau macam mana boleh pengsan".
"Korang kat hospital mana?".
"Hospital Selayang".

Dalam hati, "ha, hospital tu aku pernah pergi masa amik darah untuk denggi".

"Kitaorg nak pergi sekarang".
"Jangan dulu. Sabar, belum tau keputusan macam mana. Nanti Mirul bgtau Lah kalau ada ape2. Aza sabar dulu".

Terus pulangkan telefon pada Lah.

Seusai itu, Lah pulang ke biliknya semula selepas menenangkan saya seketika.

Di bilik, memang tak boleh lelapkan mata. Sentiasa alert dengan mesej2 d handphone. Risau yang teramat Ya Allah. Masa itu hanya Allah yang tahu perasaan saat itu.

Satu persatu mesej diterima mengenai keadaannya di hospital.

Saya menghantar mesej kepada dia bagi bertanyakan keadaan dirinya. Namun tidak dibalas.

Semalaman memang tak lelap. Pukul 4 pagi baru terlelap sekejap sebelum tersedar untuk Subuh.

Selepas solat Subuh, memang tak dapat tidur langsung. Cuma baring2 saja sambil menunggu mesej2 dari sahabat.

Tak lama lepas tu, dapat sekeping mesej dari dia.

"Maaf, saya ada kat wad sekarang. Tak sihat sikit. Zahra sihat? Tau dari mana ye?".

Terus saya balas mesejnya dan dari situ dapat tahu segalanya.

Airmata memang tak payah cakap la.. Menitis dari semalam.

Katanya, akan ditahan di wad untuk sehari supaya doktor dpt pantau keadaannya.

Saya ambil keputusan, seusai kelas tamat jam 2 ptg nanti, nak ke hospital untuk melihat keadaannya. Hati tidak akan tenang selagi tak dapat tengok bagaimana kondisinya.

Alhamdulillah, jam 5 ptg saya dan sahabat2 dapat melawat dia di hospital.

Dapat tengok wajah dan keadaan dia waktu itu. Hati saya luluh lagi. Darah banyak tumpah di baju dan cadar tilam. Tak sanggup nak tengok. Tapi cuba berlagak cool.

Dia ceritakan segalanya..

Sudah lama sakit, hampir 10 tahun. Dan memang sudah cuba macam2 cara untuk sembuhkan penyakit itu, tapi belum jumpa solusi yang tepat.

Saat itu, diri ini bagai dipanah petir. Bayangan kabur dek airmata yg cuba ditahan.

Allahhhhhhhhhhh..... :'(

Ujian dariMu sungguh berat.

Dia sengaja sembunyikan hal ini daripada pengetahuan saya.

Janji saya pada diri, apa pun yang terjadi saya tetap akan bertahan dengan dia hingga ke akhir. InsyaAllah.

Perkenalan antara kami, saya yang mulakan. Mana mungkin saya berputus asa.

Saat ini, doa semakin kuat buatnya. Mudahan ada keajaiban. Kuasa Allah Maha Luas meliputi segalanya.

Masih terkejut, namun apakan daya. Saya perlu bertahan dan kuat supaya dia juga kuat.

'Awak, saya tahu awak kuat. Bertahanlah!'

Sahabat, mohon doa untuk dia. Supaya sakitnya cepat sembuh. :'(


0 Comment(s)