Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Perancangan Allah



Bismillah- Alhamdulillah, hampir sebulan sudah semester baru bermula. Perlu tinggalkan 'keseronokan' seperti sem2 lepas kerana semester kali ini memerlukan daya tenaga lebih tambahan lagi subjek yang diambil semuanya 'sedikit' sukar. Bersyukur, semester ini Allah bantu segalanya. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Yang membuatkan diri sedikit 'excited', semester ini buat pertama kalinya 'kami' sekelas bagi subjek Introduction to Psychology. Alhamdulillah, alhamdulillah. :D

Actually, selepas sesi 'taaruf' tempoh hari, hati teringin dan berharap agar Allah berikan satu peluang untuk belajar satu kelas dengan dia. Tak sangka, Allah makbulkan 'permintaan' ini.

Kali pertama masuk kelas, kemudian disusuli seseorang yang seperti saya kenal. Melihat sekilas lalu, hiraukan saja. Mungkin silap orang. Selepas kelas untuk kali keduanya, melihat orang yang sama menyusul masuk ke kelas, dan ......... Agak terkejut lepas cuba 'mengamati' wajah dan susuk tubuh yang seperti dikenali itu. Dan, ya! Itu adalah dia. <LH> Kebetulan, tak pernah merencana. 

Beberapa hari selepas itu, dia memulai 'perbualan' antara kami setelah hampir 3 bulan tidak berhubung. Dari 'perbualan' itulah, saya mendapat 'kepastian' seseorang yang miripnya itu sebenarnya adalah dirinya. Katanya, 'tak sangka pulak kita sekelas'. Dari mesej itu, saya tahu dia seorang yang menjaga pandangan. Tidak melihat ke kiri kanan/ wanita2 yang lalu lalang. Alhamdulillah ;) Perancangan Allah.

Alhamdulillah, di jalan dakwah ini kami bertemu. Moga Allah jagakan 'dia' untukku. Dan moga 'kamu' sentiasa dalam jagaanNya.

Dia.

Seorang yang simple,
Seorang yang tenang,
Seorang yang merendah diri,
Seorang yang memahami,
Seorang yang mengerti kekurangan diri,
Seorang yang pemalu,
Seorang yang menjaga pandangan,
Seorang yang menghormati darjat seorang wanita,
Seorang yang kelakar,
Seorang yang baik,
Seorang yang soleh,
Seorang yang bertanggungjawab,
Seorang yang kuat dan tabah,
Seorang yang 'perfect!'

Dia. <MLHMS> 

Syukran 'ala kulli hal buat 'awak'. Moga Allah permudahkan urusan 'kita'.


0 Comment(s)