Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Rindu vs Bergaduh



Beberapa hari lepas telah dihujani beberapa soalan 'cepumas' dari sahabat.

"Hang tak rindu dia ka?"
"Aza macam mana? Tak rasa rindu? Korang kan jarang mesej, apalagi call".

Tipu kalau saya cakap tak ada 'rasa' itu.

Alhamdulillah, sepanjang perkenalan kami andai rindu akan 'hantar' melalui doa.

Letak tangan di dada, baca Al-Fatihah, kemudian titipkan doa "Ya Allah, aku rindukan dia *nama*, redhakan rasa rindu ini, hantarkan pada si dia, dan moga dia juga merasakan yang sama sepertiku".

Memang ini pilihan kami.

Mesej itu jarang sekali. Hanya perlu dan andai ada hal penting yang perlu ditanya terus kepada saya atau dia.

"Habis tu, macam mana Aza nak tau dia sihat ke tak?"

Mudah saja.

Setiap 2 kali seminggu akan 'bertemu' d kelas kerana 1 subjek kami 'ditakdirkan' untuk sekelas. Dari situ tau keadaannya bagaimana.

"Kalau dia tak datang kelas?"

Senang saja.

No adik perempuannya ada dalam simpanan. Boleh mesej/call bila2 masa saja.

"Kalau adik dia bz?"

Simple. Ada lagi penyelesaian.

Kawannya? a.k.a orang tengah antara kami.

See?

Tak ada sebab untuk kami berhubung.

Selagi boleh elak dari berhubung, kami elakkan.

Call?

Memang itu tidak akan pernah kami lakukan. Kerana saya sendiri kurang menggemarinya. (sebab suara dalam telefon macam budak2)

Bila sudah terbiasa dengan 'kejauhan' ini, andai berbulan malah bertahun tidak berhubung juga tidak mengapa.

Cukup minta Dia jagakan si dia.

Itu lebih indah.

Ada juga sahabat bertanya.

"Korang tak pernah bergaduh?"

Tergelak dengan soalan 'cepumas' itu.

Alhamdulillah, sepanjang 'perhubungan' tak pernah dan belum pernah lagi kami bergaduh/betengkar akibat timbul salah faham.

Balasku.

"Macam mana nak bergaduh? Kalau kitaorang berhubung pun jarang sekali. Boleh kira dengan jari je berapa kali kami contact each other"

Senyum :)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur tak terhingga.

Syukur pada Allah.

Dia hadirkan seseorang yang sangat memahami, sangat mengerti prinsip saya.

Moga Allah tetapkan rasa sayang ini hanya untuk seorang itu <MLHMS>.

Syukran 'ala kulli hal buat 'awak'.

Moga sentiasa dalam jagaanNya. Moga segala urusan dipermudahkan. Moga baik-baik saja :')

6bulan 6hari sudah tempoh 'perkenalan' kami.

Moga apa yang kami harap dan doakan menjadi kenyataan.

Mohon doa' dari sahabat2 ye.

Plan untuk melangsungkan pertunangan pada umur 23tahun, insyaAllah.



0 Comment(s)