Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Sahabat atau Kawan?



Kali ini, saya suka untuk membicarakan mengenai SAHABAT. Pasti semua pernah memiliki sahabat2 yang sentiasa berada di sisi. Persoalannya, adakah kalian tahu erti SAHABAT itu bagaimana? Adakah kalian tahu beza SAHABAT dan KAWAN itu bagaimana? Adakah sahabat yang kalian miliki sekarang menjamin kalian untuk sama2 menuju ke syurgaNya? Yang bukan hanya ada di sisi tika senang malah tika susah juga.

SAHABAT itu adalah yang apabila kamu melihat wajahnya akan mengingatkanmu kepada Allah, apabila dia menuturkan kata-kata akan membuatkan imanmu meningkat, melihat gerak-gerinya akan mengingatkanmu kepada kematian, yang sentiasa ada dalam apa jua keadaan, menerima segala kekuranganmu dan menghargai kelebihanmu.

Ya. Itu SAHABAT!

KAWAN pula bagaimana? Dalam bahasa mudah, KAWAN itu yang sentiasa ada tika kamu senang, tiada tika kamu susah.

KAWAN itu ramai, tetapi SAHABAT itu sukar untuk dimiliki.

Saya memiliki ramai KAWAN. Kawan di sekolah dulu, kawan di media sosial, kawan di universiti, kawan di kelas, kawan yang pernah bersua walau hanya sekali. Namun SAHABAT itu belum pernah saya miliki.

Saya 'pernah' temui SAHABAT. Sangkaanku dialah SAHABAT. Dia sentiasa ada di sisi tika susah dan senang, dia yang sudah kuanggap seperti kakak kandung sendiri, dia yang semua ahli keluargaku mengenalinya, dia yang sudah banyak membantu, sangat banyak!, sayang dia yang teramat!.

Tapi, setelah kami berpindah ke main campus, semuanya berubah. Kami terpisah, dan masing-masing tumpukan perhatian pada kursus masing-masing. Dia semakin jauh dari saya, sikapnya sudah berubah, layanannya tidak seperti dulu, nama untuk bertanyakan khabar saya walau sebulan sekali memang sukar, Kami semakin jauh. Sangat jauh! :'(

Dia sudah 'bertemu' dengan seorang sahabat baru. Dari situ, saya perhatikan setiap gerak gerinya. Ya, kerana sahabat barunya itu lah sikapnya sudah berubah.

Pernah kami keluar bersama, tapi sedihnya, saya di 'campakkan' ke tepi.

Mulanya memang saya tak ambil peduli.

Bila semakin hari semakin saya 'rasa' kehilangan itu, baru saya 'tersedar'.

SAHABAT saya dah 'hilang'. Dia dah jadi 'sahabat' orang lain. Mereka seperti belangkas. Kemana saja bersama.

Walau hati perit, saya redhakan.

Sedih. Sudah puas menangis.

Kadang saya terfikir, semua sudah saya lakukan untuk dia. Segalanya saya korbankan. Tapi inikah balasannya?

Wallahi, tak ada niat untuk mengharapkan balasan, tapi kurangnya cuba hargai saya. :'(

Kata seorang kawan, 'dia pergunakan kau je. Masa susah dtg cari, bila dia senang dgn N, dia tinggalkan kau'.

Baru saya 'tersedar'. Baru 'rasa' diri ini dipergunakan.

Menangis lagi :'(

"Biarlah dia pergunakan aku, demi sahabat, aku sanggup".

Pesan si dia, "kita nak dapat sahabat sejati, biar diri kita dulu jadi sahabat sejati tu".

Saya cuba. Saya akan cuba menjadi 'sahabat sejati itu'.

Tidak berdendam, cuma ingin meluahkan rasa.

Kadang hati sakit, sedih, pilu. Tak mengapa, aku gagahkan.

Moga Allah hadirkan seorang SAHABAT buat ku suatu hari nanti. Amiin.

"Sahabat, moga kamu bahagia tanpa aku di sisi. Moga kamu bahagia dengan sahabat yang telah kamu miliki. Doaku sentiasa buatmu sahabat. Moga kamu berjaya dunia akhirat. Carilah aku, aku akan sentiasa ada di sisi kamu. Maafkan semua silapku sepanjang perkenalan kita. Ingat ini, aku sayangkan kamu sangat2 kerana Allah".



0 Comment(s)