Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Cerita hari ini...



Bismillah, alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah.

Cerita hari ini, tak banyak yg saya dapat tuliskan.

Cuma minggu dan untuk sebulan akan datang agak sibuk. Sibuk dengan assignments, dengan quizess, dengan program, dan akan datang final exam.

Alhamdulillah, sibuk dengan hal yang membawa faedah untuk dunya wal akhirah, insyaAllah.

Allah yang memberi kekuatan buat diri untuk terus bertahan menjalani kehidupan di dunia sebelum 'melanjutkan'nya di alam akhirat kelak.

Esok negeri Selangor akan bercuti. Dan yeay! Akan bertolak pulang ke kampung halaman esok pagi bersama sahabat2. Doakan moga perjalanan kami lancar dan selamat.

Homesick yang hanya Tuhan yang tahu. Hampir 2 bulan tidak 'menatap' wajah kesayangan abah, ummi dan adik2. Walaupun cuti hanya 2-3 hari sebelum bermula final exam, tekad juga untuk pulang.

Dan mohon doakan juga buat seorang sahabat karib yang bakal menjadi ibu beberapa minggu lagi, Moga selamat melahirkan dan lancar segalanya. Moga kamu dapat mendidik anak itu dengan sebaiknya duhai sahabatku! Bersabarlah dengan segalanya. Anak itu adalah anugerah dan amanah dari Allah. Jaga ia dengan sebaik mungkin. InsyaAllah ada rezeki, saya sampai ke Kedah untuk tengok 'anak sedara' *konon*. Kihkihkih

Cerita si dia?

Entah.

Sudah hampir 2 minggu tidak berhubung apalagi bertanya khabar.

Beberapa hari lepas dia tidak hadir ke kelas. Mungkin sakit. Tapi saya diamkan. Tidak bertanya apa2. Tahu Allah menjaganya.

Hari ini dia hadir ke kelas. Melihat keadaannya yang baik2 saja dengan senyuman di wajahnya, saya tahu dia baik2 saja. Alhamdulillah.

Buat 'awak'. Moga senyuman di bibir awak tidak akan pernah hilang. Senyumlah sentiasa walau hatimu sedang menderita. Allah ada di sisi. Jangan sedih. Moga terus kuat.

Simpan segalanya pada Allah. Minta Dia yang jagakan. Allahumma ameen.


0 Comment(s)