Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Mohon, terus terang.

*no pic*

Entah kenapa beberapa hari ini hati rasa 'sesuatu'. Sesuatu yang bakal membuatkan hati sedih mungkin.

Kelmarin sedang mata sudah hampir mahu terlelap dek kerana kepenatan yang amat setelah seharian berjalan dalam erti kata 'shopping' dengan seorang sahabat. Belum pernah buat 'kerja' macam tu. Berjalan ke 3 buah tempat sekaligus. Fuhh! Kaki yang sakit sebelah kiri rasa macam nak lumpuh dah. Langsung tak boleh nak pijak. Pengajaran la untuk diri. Jangan nak berlagak sihat sangat ye.

Sebelum mata terlelap, tiba-tiba masuk satu inbox Whatsapp. Bila tekan, tertera nama si dia. Mata terus terbuka luas. Terkejut dengan kandungan mesej itu "Saya mintak maaf". Tiba-tiba. Lalu saya pantas balas "Kenapa mintak maaf?" Hati sudah mula rasa pelik. Fikiran melayang. Mulalah fikir yang bukan-bukan, sambil dalam hati berdoa "Ya  Allah, jangan kisah lalu berulang. Cukup untuk kali ini pertama dan terakhir".

Ting! Masuk lagi inbox dari dia.

"Mintak maaf sebab buat salah. Salah untuk yang lepas, sekarang dan akan datang".

Lagi. Mata tiba-tiba berair.

Kemudian saya balas. Bla bla bla. Sekadar memberi nasihat dan semangat untuk dia. Selepas itu tiada balasan mesej lagi dari dia.

Saya cuba tenangkan fikiran. Fikir yang baik-baik saja. Mungkin dia memang betul ada masalah sendiri yang belum tiba masanya untuk saya tahu. Harapnya segala masalah dia dapat selesai dengan lancar.

Hari ini, 'stalk' Whatsapp dia. Statusnya sudah bertukar "Bukan senang nak lupa semua benda".

Saya bingung. Tak tahu ape masalah yang dia hadapi. Rasa nak sangat tanya dia. Tapi hati rasa berat. Takut bila saya tanya, jawapannya akan melukakan hati. Belum siap untuk itu. Serious. Tak nak hal lama berulang lagi.

Buat masa ini, saya biarkan saja. Lebih baik dia sendiri yang mulakan. Andai akan terluka, tidak terasa terlalu sakit.

Allah :'( Buat 'awak', saya tak tahu ape masalah yang awak hadapi. Tapi satu doa saya, moga awak terus kuat.


0 Comment(s)