Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Salah faham?



Bismillah. Alhamdulillah. Dalam tempoh cuti sem. Cuti berbaki lagi 1 minggu. Baru ada masa nak jenguk blog.

Alhamdulillah, cuti yang seronok. Mana tak seronok kan? Bila dapat habiskan masa bersama keluarga tersayang, dapat buat aktiviti yang kita minat, dapat gelak ketawa sama2. Sangat seronok! Terima kasih Ya Allah untuk kasih sayang ini. Moga berkekalan ke Jannah.

Beberapa hari lepas, hubungan saya dan dia diuji sedikit. Ada salah faham yang melibatkan kisah silamnya. Sebenarnya, punca asalnya tak ada ape yang mencurigakan pun. Tapi disebabkan sikap saya nie yang mudah bersangka buruk dan fikir yang bukan2, akhirnya timbul lah sedikit salah faham antara kami.

Alhamdulillah, selepas minta sedikit pendapat dari sahabat2 dan berfikir, semuanya telah selesai dengan baik.

Terima kasih 'awak'. Sebab memahami 'jiwa' perempuan saya yang jenis suka tuduh melulu dan fikir yang bukan2. Terima kasih sebab sudi sabar dengan perangai buruk saya nie. Terima kasih jugak sebab sudi layan karenah 'kebudak-budakan' tak matang saya nie.

Kena ubah laa semua perangai tu kan? Ye2. Saya akan ubah. InsyaAllah.

Sangat kagum dengan si dia. Orangnya yang penyabar, yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Maklum sajalah kan, bila perempun dah mula nak marah, macam2 benda negatif difikir. Tapi dengan kematangan dia, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Tau berapa lama masa kami 'bergaduh'? Hanya 4 hari. Dalam tempoh sesingkat itu, semua dapat diselesaikan dengan lancar.

Maafkan semua kelemahan saya, maafkan semua kesilapan saya.

Moga untuk masa akan datang, andai ada 'badai' yang mengganggu kita (na'uzubillah), kita dapat selesaikan dengan baik, lancar dan cara dewasa. No cara budak2 lagi ye. Hehe :)




0 Comment(s)