Ana Azahra Jamaluddin
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Footprints here!

Asma' Ul Husna

 photo asma.gif
Tagboard


Put your right link.
No Harsh words allowed here.
URL blog is compulsory not email.
No adverts here.


Followers

Almost 1 year 'ours'



Bismillah, alhamdulillah. Dah berhabuk rasanya blog. Baru ada masa sikit nak jenguk blog. Alhamdulillah, sebulan lebih, eh bukan2. Hampir 2 bulan sudah semester baru bermula. Sepanjang tempoh itu, saya sentiasa sibuk. Meeting setiap minggu, program setiap bulan, usrah setiap minggu. Syukur. Dipilih untuk 'menyibukkan' diri dengan benda yang diminati demi kebaikan diri dan ummah. Allah pilih diri ini untuk itu. Meskipun penat, namun hati gembira dan puas! Dapat kutip pengalaman sementara berada di unversiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bila sudah bekerja, tak dapat lagi nak rasa 'sibuk' itu, tak dapat dah nak rasa balik malam2 tidur dalam keadaan bilik tak kemas dengan sempurna, tak dapat nak rasa dah kepala sakit sebab tidur tak cukup. Alhamdulillah!

Dalam tempoh 2 bulan ini juga adik bongsu saya menerima keputusan SPM. Lagi sekali sujud syukur utk kejayaan adik tersayang. Walaupun tidak tercalon pelajar straight A's, namun keputusan peperiksaanya cemerlang. Tahniah sayang!

Selain berita gembira itu, ada lagi satu berita gembira. Seorang sahabat tersayang batch 131 UIA, Farhah Awang sudah selamat diijabkabulkan dengan seorang pemuda pilihan Allah untuknya pada 6/3/2015 yang lalu. Tumpang gembira untuk awak Farhah! Moga berkekalan hingga ke Jannah, moga bahagia selalu, moga menjadi isteri dan ibu solehah, moga aura kelembutan awak menjadi penyejuk mata sang suami. Cemburu? Haha. Mustahil tak cemburu kan. Ada rasa itu, namun cepat2 saya tolak ke tepi bila terfikir tanggungjawab sebagai anak yang solehah buat keluarga dan wanita agama untuk ummah masih belum cukup sempurna.Masih perlukan masa untuk itu. InsyaAllah 3 tahun akan datang mungkin? Moga Allah mudahkan seperti yang dirancang.

Perkembangan si dia? Alhamdulillah, almost 1 year 'cerita kami'. Dalam tempoh itu, sekali cuma kami di 'uji', namun dapat diselesaikan dengan baik. Syukur. Satu yang tiba2 saya tersedar. Sebelum kami kenal, sejak dari CFS hingga ke Gombak belum pernah kami dapat belajar dalam satu kelas yang sama. Sehingga kami ditakdirkan bertemu dan berkenalan, sejak itu kami sentiasa 'dipertemukan' dalam kelas yang sama. Alhamdulillah. Semester ini lagi sekali saya dan dia bertemu dalam satu kelas yang sama iaitu kelas Prophetic. Bukan dirancang, namun segalanya aturan Dia. Alhamdulillah. Buat masa ini kami jarang berhubung kerana masing2 sibuk dengan urusan dan program. Memang itu yang saya inginkan. Jarang berhubung bukan bererti saya lupa, namun dengan jarak itu saya merasa 'kejauhan' untuk di isi setelah sudah diijabkabulkan kelak dan dengan jarak itu juga mengajar kami untuk saling menjaga. :D

Buat keluarga tersayang, moga sentiasa dalam jagaanNya. InsyaAllah lagi beberapa hari kakak akan pulang. Mohon abah ummi sentiasa doakan kakak kat sini untuk terus kuat kerana Allah. Buat 'awak', moga sentiasa kuat dan tersenyum selalu -16032015, 12.42 am-


0 Comment(s)