Friday, 29 May 2020

Permata Hati Ayah Ibu💖



Assalamualaikum everyone! How are you guys? Hopefully all of you are doing good. Rasanya belum terlambat untuk sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua sahabat yang mengenali diri. 0-0 ye😊 Alhamdulillah tahun pertama sambut Aidilfitri as a wife. Walaupun tak dapat sambut raya bersama suami sebab PKPB, tapi tetap gembira sebab Allah masih izinkan untuk celebrate bersama keluarga tercinta. Rezeki orang lain-lain kan? Bak kata suami "layankan ajelah situasi sekarang ni sayang, ada hikmah disebalik semuanya". Dan sy tersenyum (walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu😂)

So, harini mood tiba2 rajin nak menulis di blog. Marilah kita mengarang. Mintak maaf kalau karangan panjang. Harap semua rajinlah membaca ye😂.

Alhamdulillah wa syukurillah. Beberapa bulan yang lalu Allah kurniakan malaikat kecil menumpang di rahim. Hadiah yang paling bermakna buat sy dan suami. Ceritanya bermula disini.

27/3/2020- Empat hari yang lepas sepatutnya my period time which is on 23/3/2020 tapi sehingga ke tarikh ni still no sign. Sign period tu ada mcm cramps, sakit pinggang n etc. Cuma period je belum datang. Tanya pendapat ummi utk buat pregnancy test, tp ummi suruh buat after 1 weeks. So I have to wait a few days more to do a pregnancy test. Setiap malam suami tanya "dah period ke?" (Sbb dia mmg tau bila my period time). Sebelum ni sy jujur je ckp belum period. Tapi harini terpaksa tipu dia sbb plan nak buat surprise lepas covid19 dah habis (aamiin). Waktu bagitau dia dah period, boleh nampak riak muka dia mcm kecewa "ohh yeke? Takpelah, takde rezeki lagi tu" n bla bla bla dia bg support sbb first month haritu gagal n sy down sekejap. Yakin je pregnant sbb tak pernah missed period dari dulu lagi. Bila 4hari late, tu yang confident lebih😁. Sementara nak menunggu utk buat pregnancy test, sy tak pernah skip makan folic acid. Folic acid sy dah start makan 3months before kahwin lagi. Tp bila dah habis sekotak, sy stop. Kesnya malas nak makan sbb busy buat wedding preparation. After a few weeks kahwin, sy start consume folic acid semula until now. Moga2 ada rezeki, insyaAllah🤲🏻

29/3/2020-Harini keluar ke farmasi utk beli pregnancy test. Tepat jam 12:30PM, terpanggil utk check di rumah. Alhamdulillah result POSITIVE! Subhanallah, syukur tak terhingga pd Allah. Rezeki yang Dia kurniakan secepat ini. Plan nak buat surprise pd suami bila jumpa nanti sbb dah janji jumpa nanti dua2 kena sediakan hadiah dan saling tukar hadiah. Can't wait! Nak tengok reaksi suami🥰Baby, membesar dengan sihat dalam rahim ibu ye nak. Jangan nakal2. Ayah jauhhh dengan kita😫

Tak sempat nak buat surprise. Tak sabar nak bagitau suami. Malam tu video call dengan suami, tunjuk test kit. Reaksi dia mcm "apa benda tu?" "Bukan awak ckp period ke 3 hari lepas?" Speechless betul muka dia. Lepas tu sengih-sengih mcm kerang busuk😆. Satu je ucapan yang keluar dari mulut dia "Alhamdulillah". Lepas tu dia duk pesan "jaga diri baik2. Kandungan tu baru lagi bla bla bla". This is for you sayang! Hadiah untuk awak😘

Sy mmg plan kalau boleh nak zuriat selepas setahun kahwin. Tp bila discuss dengan suami, dia nak zuriat cepat. So apa kita boleh buat kan? Ikutkan ajelah🤪. Dan mmg tak sangka Allah akan bagi rezeki anak secepat ini. Syukur tak terkata😍

31/3/2020-Rasa mcm tak yakin dan decide utk buat test kali kedua sbb tips orang berpengalaman ckp waktu paling baik utk buat test adalah waktu lepas bangun tidur. Sebelum Subuh, sy cuba test utk kali kedua. Dan alhamdulillah, it's POSITIVE! 🥰

Simptom sepanjang pregnant? Alhamdulillah morning sickness memang tak ada langsung. Alahan kurang. Boleh bau semua benda, boleh masak dekat dapur mcm biasa, boleh makan macam biasa. Cuma dah tak berapa suka makan makanan bersantan. Lebih suka makan makanan bersup. Masak bayam air satu periuk memang boleh habiskan sorang! Makan pun tak boleh makan banyak sekaligus. Mmg akan muntah. Kena makan sikit-sikit dan berulang. Itu yang selang 2 jam memang akan selongkar dapur cari makanan yang ada🤣. Ohh jangan risau guys. Sy mmg jaga kandungan sangat2. Setiap hari mmg akan make sure makan buah dan sayuran hijau. Itu mmg benda wajib! Ada juga makan makanan "tak sihat". Tp tak kerap lah. Kadang2 kalau mengidam tu datang, tengah malam sanggup masak Maggi😂

12/5/2020-Allah izinkan untuk balik jumpa suami sekejap walaupun musim PKPB. Suami decide suruh buat scan sbb dia tak sabar sangat nak tengok kesayangan dia. Klinik dekat area Kerteh mostly tak buat scan musim covid19 ni. So mmg sy decide nak buat dekat KL aje. Alhamdulillah Allah mudahkan. Gambar kedua adalah first scanning permata hati ayah ibu. Dia sihat dan aktif sangat. Itu yang kedudukannya pun senget. Doctor tak boleh nak scan dia elok2 sbb aktif ke kiri ke kanan. Kaki dia duk menendang je. Comel! Tak dapat nak record video sbb hanya seorang dibenarkan masuk ke klinik. Suami tunggu dalam kereta je. A little bit kecewa jugak. Takpelah. Next time scan nak mintak doctor rakamkanlah. Moment indah tu! Sy mmg tak mintak banyak. Tiap kali solat 5 waktu mmg mohon pada Allah supaya besarkan dia dalam keadaan sihat, selamat, sempurna sifat dan kejadiannya, cergaskan akal fikirannya, cantikkan rupa parasnya, jadikan dia anak soleh solehah dan mudahkan proses kelahirannya nanti. Alhamdulillah, tahun ni Allah izinkan puasa penuh. Walaupun ada hari yang letih dan tak larat, tp sy gagahkan juga. Mintak maaf anak Ibu kalau masa puasa awak kelaparan😭Alhamdulillah Allah selamatkan dia. Dia sihat dan aktif je. Kuat betul anak Ibu ni💕

27/5/2020-Kandungan dah nak masuk 13minggu. Sy decide nak buka buku pink di Kerteh je. Mula2 planning nak buka buku di KL. Tp dengan keadaan sekarang ni, Allah tak izinkan. Dan kalau nak bersalin di mana2 hospital pun tak ada masalah dengan syarat kena bawa saje buku pink. Alhamdulillahh. Sbb mmg plan nak bersalin di KL. Moga Allah mudahkan segalanya. Masa buka buku pink, doctor scan untuk kali kedua. Alhamdulillah dia pun dah besar, sihat dan aktif aje. Dah dapat dengar bunyi jantung dia. Subhanallah! Still tak percaya i'm carrying another human in my womb! First check up semua okay. Ibu dan anak sihat dan baik2 aje, alhamdulillah😍. Can't wait to meet you my little one!👶🏻 Many more weeks to go, insyaAllah semuanya akan baik2 saje. Doakan ye guys! 

Anddd we miss Ayah so much!😭Tak sabar nak jumpa suami. Video call hari2 pun tak boleh hilangkan rasa rindu. Rindu nak peluk dia, nak salam tangan dia, nak solat sama2, masak sama2. Rinduuuu sangat!😭

Dan buat mereka yang masih menantikan zuriat, sy doakan semoga Allah makbulkan impian kalian tak lama lagi. Banyakkan doa, banyakkan buat baik dengan orang, kalau ada salah silap dengan orang, pergi mohon maaf. Selagi orang tak maafkan kita, Allah pun tak akan maafkan kita tau. InsyaAllah Dia akan bantu dan makbulkan impian kalian.