Jemputan ke Majlis Walimatul 'urus Azahra & Ismail
Assalamualaikum wbt.
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada utusan yang mulia Rasulullah SAW dan para sahabat.
Dengan rasa rendah hati dan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi disamping dengan restu Allah dan keluarga, saya sangat berbesar hati ingin menjemput sahabat-sahabat yang mengenali diri saya ke majlis perkahwinan saya,
Siti Fatima Azahra Binti Jamaluddin
❤
Ismail Bin Rahim
pada:-
🗓08 Februari 2020 (Sabtu) bersamaan 14 Jamadilakhir 1441H
bertempat di:-
🏡Dewan Serbaguna PPAM Metropolitan Kepong (MRR2), Jalan Lingkaran Tengah 2, 52100 Kuala Lumpur
Semoga dengan kehadiran dan iringan doa daripada kalian membawa keberkatan daripada Allah SWT.
Mohon doakan agar baitulmuslim yang bakal dibina sentiasa di dalam redhaNya, sakinah mawaddah warahmah.
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
P/S: Pasti ramai yang tertanya-tanya & terkejut dengan jemputan. InsyaAllah selepas selesai semuanya dan jika berkelapangan, saya akan kongsikan detik-detik perkenalan kami. Cukup untuk kalian tahu, disaat kami dilukai, Allah pertemukan kami. Tabarakallah. Dia pilihan Allah buat diri saya. Seorang yang sangat baik agamanya, yang menghormati orang tua, bertanggungjawab dan penyayang.


1 comments:
Tahniah azahra! Semoga berbahagi dan kekal till jannah. Amin.
Post a Comment