Tuesday, 30 April 2019

You Hurt Me So Bad!



Kembali semula. Posting ini bukan nak buka aib tunang sendiri. Tp sy perlukan tempat utk meluahkan. Puas meluahkan pd manusia selepas Allah, tp semua beri pandangan yg negatif iaitu PUTUS. PUTUS is the right way/best answer to all of my questions. Yes, I know. Tp after for so many years, ada lagi rasa sayang sedikit nak pertahankan. Tapi sayangnya, rasa 'sayang' itu seperti sy seorang yang usaha dan rasakan (mungkin).-Again, i'm the stupiest girl..Hmm 

Tipu kalau selepas hari kejadian, selepas terbongkar semuanya sy boleh tidur dengan nyenyak. Sy boleh hadapi Abah Ummi dengan tenang tanpa persoalan dari mereka. Setiap hari, kawan-kawan bertanya "yakin ke kau nak teruskan dengan dia?" "yakin ke dia akan berubah?". Tiada jawapan untuk itu. Hati dah tawar 100% melainkan you try your best, buktikan everything, buktikan awk dah berubah. Then, I will accept you with the sake of Allah. Moga Allah lembutkan hati sy.

Selepas kejadian yang lalu, semua dah musnah, hancur. 2 kali sy beri peluang, tp semua di sia-siakan. Did you know that, my future husband? Kepercayaan sy dah hilang 100%. Seminggu sy simpan benda ni sorang diri. Tak tidur (sampai terpaksa telan ubat tidur), makan tak lalu, asyik menangis je. Tak tahan, ceritakan pd kawan-kawan. Semua mcm tak percaya my fiance sanggup buat perangai mcm ni. Sbb kawan-kawan semua kenal dia, dia seorang lelaki yg baik sampai title dia org panggil "Ustaz". Tapi semua itu hanya title semata. Tiada siapa yg sangka. Nasihat dari kawan-kawan? Semua suruh PUTUS! They said, "Aza, you deserves better laa", "cari laa lelaki yg lebih matang" bla bla bla. Until sy buat keputusan untuk PUTUS! Selepas kejadian, cincin tunang sy buang dari jari, simpan dalam laci je until today. Sbb apa? Sbb sy tak yakin dia boleh berubah. Tak yakin lepas kahwin, dia akan berubah. Tak yakin sampai ke saat ini dia tak berhubung dengan perempuan itu lagi. Kawan-kawan ofis semua perasan dekat jari dah tak ada cincin. Ada yg bertanya, sy cerita utk minta pendapat sbb mereka semua sudah bersuami. Semua suruh PUTUS! Then last choice, ambil keputusan ceritakan pd Ummi Abah. Of course laa mak ayah kecewa, terkejut, tak sangka dia boleh buat perangai mcm ni. Kecewa, marah, sakit hati. Abah Ummi buat keputusan suruh PUTUS! Sbb kepercayaan itu dah hilang, hati dah tawar. Bila mak ayah dah tawar hati/tak redha, kita pun takut nk melawan.Tiba-tiba adik perempuan dia (org yg paling sy rapat) whatsapp, bertanyakan hal yg jadi. Sy cerita semuanya. Adik dia sendiri pun tak boleh sangka abang dia sanggup buat perangai mcm ni. Adik dia minta masa untuk bincang dengan family. Saya beri masa. Dia
? Apa effort dia? Ada laa pujuk tak nak putus, tp msj-msj semua ringkas. Rasa macam tak dihargai langsung! Kemudian bincang dengan Ummi Abah, Ummi Abah macam nak bagi peluang walaupun berat. Sangat berat! Sy tak tau apa hikmah yang Allah nak tunjuk dengan ujian sehebat ini. Abah Ummi ada tanya "apa usaha dia buat nak pertahankan hubungan korang? Ada dia call? Ada dia msj bertubi-tubi? Ada family dia call family kita utk mintak maaf?". I said "ada". Walau hakikatnya, hanya Allah yg tahu. Family dia senyap seribu bahasa. Hanya adik perempuan dia yg mohon maaf bagi pihak keluarga. Dia ada call? Nope. Msj? Ada, cuma sepatah dua. Itulah dia, banyak kita bebel, sepatah je dia reply. I wonder, adakah awk buat benda yg sama masa berhubung dengan si F? I don't think so. Mesti macam-macam awk luahkan, awk cerita, awk mengadu. Dengan sy as your future wife? Everyday sy tunggu msj awk, tunggu call awk, tp tak ada muncul pun. Video call? Jauh panggang dari api. Even my dad said, "nak meluahkan, sepatutnya dia cari you sbb you bakal isteri dia. 50% he is yours". And I don't have an aswer for that statement.

Selang sehari, sy tak tahan nak tanya "Why you did this to me? Apa salah silap sy?". Sy whatsapp dia dulu, tanya dia "boleh call?". Dia ckp "baru balik dari masjid". Then I said "hmm, ok". Selang beberapa minit, dia reply "boleh nak call?". Then dia call. Cerita dekat kawan, kawan marah "Aza, kalau lelaki lain yg bertanggungjawab dengan kesalahan yg dia buat, dia yg akan rasa bersalah, call n cari kau utk explain semua benda. Tp ni kau yg cari dia? Kau ni perempuan jenis apa hah? Hati kau lembutnya!". Sbb apa sy buat mcm tu? Sbb sayang. Sy cuba pertahankan walau hakikatnya hati dan tawar 100%. Malam itu macam-macam yang kami sembangkan. Dia ckp dia tak pandai nk explain. And I was like "buat salah, tp tak pandai nk explain?" Then sy abaikan. Sy yg bertanya satu persatu. Dan dia jawab dan mengaku silapnya. Cuma until today, ada beberapa soalan yg tidak ada jawapannya. 

1- Kenapa? Dimana silap sy? Apa kelebihan dia sampai awk sanggup lukai sy
Kalau sy silap, tegur sy. Banyak kali dah sy bgtau pd dia utk tegur semua kesilapan sy. Tp tak pernah dpt teguran pun dr dia. 5 years++, tak tau mana silap sy. Rasa mcm semua betul. Itu kelemahan dia. Diam, diam dan terus diam.
2- Yakin ke kalau kita dah kahwin, si F tak akan kacau kita lagi? Lambat dia beri jawapan. Dan jawapannya hanyalah "sy akan buat dia stop". AKAN? Bakal suamiku, jawapan itu sedikit pun tidak meyakinkan sy. TIDAK! "Bagi sy masa utk explain pd dia". And I was like, "utk apa nak explain pd dia? If she is nothing to you, just leave her like that! Dia tak penting pun. Tak perlu nak explain apa-apa. If dia ada msj,whatsapp, call, video call, just rejected it! Susah ke? Awk siap video call dengan dia. Alasan kerja, nk tunjuk borang itu ini. Tp dr gambar screenshot, tak ada pun tanda-tanda korang berdua bincang pasal kerja. Awk di dapur, dia di kerusi ruang tamu. Tak payah nak tipu sy. Kalau perlu bincang soal kerja, whatsapp pun boleh. Ambil gambar, sent. Perlu ke nak ber video call? Dengan sy awk takde layan sebegitu rupa. Msj jarang sekali. Kalau sy tak mulakan, awk tak akan mulakan. Call pun boleh bilang berapa kali je sepanjang 5 tahun ni. Video call? Sekali pun tak pernah. AWAK JAHAT!
3- Awak tau apa yg awak buat salah, tp kenapa tetap buat? Layan dia? Kenapa?
4- Awak yakin ke yang awak tak akan menduakan sy kalau kita kahwin? Yakin awk boleh bahagiakan sy mcm mana mak ayah sy bahagiakan sy dari kecil hingga sekarang? Yakin awak tak akan menduakan sy hingga nafas sy yg terakhir? Yakin awk akan bertahan susah dan senang tanpa wanita lain selain sy? Yakin sy seorang akan menjadi ibu untuk anak-anak kita nanti?
5- Kalau awk tak yakin dengan sy, kenapa nak teruskan hubungan sehingga ke hari pertunangan? Sbb ikut 'pilihan' Amin, kawan baik awk? Kalau Amin yg pilih, baik sy kahwin dengan Amin je. Senang dan mudah. Kalau hati awk dah ada dia, silakan pilih dia. Bukan sy.
6- Awk kata awk bukan lelaki baik. Sayangku, tiada manusia sempurna di dunia ini. Sy sendiri tersangatlah banyak kekurangan. Allah tutup aib sy. Kita mmg tak baik, tp kenapa tak mau cuba untuk menjadi yg terbaik demi masa depan? Tak kan awk tak baik, awk nak mencari/berkawan dengan org yg tak baik juga? Kesiankanlah dekat diri sendiri. Kita berdua dari keluarga yg ada didikan agama, belajar di universiti Islam, penuh dengan tarbiyah. Kenapa tak gunakan segala ilmu agama yg ada utk pertahankan nafsu dalam diri? Kalau sy boleh setia, kenapa awk tak boleh?

Faham apa itu setia/a serious relationship, sayangku? Sekali awk buat pilihan untuk sehidup semati (InsyaAllah) dengan seseorang, berpisah beratus batu, even dari Malaysia ke Mesir sekalipun, tak akan berpaling pada yg lain. Itu lah prinsip yg sy tanam dalam diri selepas "I choose you". Did you know that?

Berkenaan dengan social media awk. Sebelum ni sy tak pernah nak ambil kisah berkenaan dengan FB, Instagram, Email awk. Sbb bg sy semua itu adalah privasi awk (even people said "kau tunang dia, bakal isteri dia, sepatutnya semua social media dia kau kena tau password, begitu jugak dia. Saling share password antara satu sama lain supaya tiada rahsia antara kalian"). Tapi...sy tak pernah mintak. Pernah rasa nak mintak, tp tiba-tiba rasa segan, malu sbb takut menggangu privasi awk. Tapi selepas awk kenal si F, dia control semua social media awk. Awk kata awk tak pernah bagi passoword pd dia, dia hanya 'try n error' menggunakan password yg awk selalu guna di ofis. Logik ke?  Susah untuk sy percaya alasan itu. Kalau awk dah tau si F dapat log in social media awk, kenapa awk tak ambil inisiatif utk tukar password? Jangan bg alasan awk tak pandai nk tukar password. Kalau takut terlupa, boleh simpan dalam nota kecik. Fikir inisiatif sendiri utk elakkan terlupa password. Kita dah dewasa kan. Boleh fikir lebih matang utk elakkan perkara negatif. Sy ambil keputusan utk tolong tukarkan semua password social media awk. Sy create password baru. Sy change email to email sy sendiri. Tp keesokan harinya sy cuba log in, tengok details, email bertukar. Tp awk tak ada nk bgtau sy sepatah pun. Tukar senyap2 (atau perempuan miang tu punya kerja?Sy diamkan je. Bila sy tanya awk, awk kata tak nak menggangu email sy. Sy tak suka alasan itu. Kita bakal menjadi suami isteri. Suatu hari nanti, semua benda kita akan kongsi sama-sama. Setakat berkongsi email, itu hanyalah perkara remeh. Then sy whatsaap awk "jangan bg password pd sesiapa". Lepas beberapa minit, sy cuba log in Instagram awk, password error. Banyak kali cuba, tetap password error. Kerja siapa yg tukar password?  Adakah awk sendiri, atau perempuan itu?  Seandainya sangkaan sy betul awk berikan semua password baru pd perempuan miang itu, you're too much!. Sampai hati awak! Sy mintak password baru Instagram awk, tp sampai harini awk takde bg pun...Kenapa? Tak percayakan sy?

My future husband, walaupun sekarang everyday awk whatsapp sy, wish good morning, good night, tanya itu ini. Tp tetap hati sy rasa tak tenang. Rasa awk masih berhubung dengan si F. Biasanya bila Allah beri petunjuk hati tak tenang, mmg ada something wrong somewhere.

Apa yg sy perasan sejak kebelakangan ni, whatsapp sy dia reply lambat. Harini, last sy reply whatsapp, 4:41pm, tp dia reply 9:41pm. Adakah kalau awk terima msj dari dia, awk reply secepat mungkin? Tp sy awak tinggalkan, kadang-kadang sampai sy terlelap menunggu balasan msj awk. 

Cuba nk uji dia, sy post story di Instagram lebih kurang jam 6pm. Tp tak sampai beberapa saat, nama dia naik as the first person yg seen my IG's story. Agak pelik. Story IG boleh tengok, tp whatsapp reply punya la lambat. Tertanya, adakah Instagram dia si F boleh log in? Kalau betul, again. Awk tipu sy.

Cerita beberapa hari lepas. Kami whatsapp malam, tanya dia "buat apa?". Dia reply "nak tidur, ngantuk sangat". Sy try uji, buat IG's story, selang beberapa minit, nama En Tunang naik menandakan dia tengok story sy. Waktu itu jam 12AM ke atas. Last whatsapp jam 10PM ke atas. Sampai sy terfikir, adakah password social media awk yg sy buatkan, awk sanggup bagi pada perempuan yg tak tahu malu tu? Sampai hati awak, awk tipu sy,,.


Bakal suamiku, apa lagi yang awak sembunyikan dari sy? Apa lagi yang awak nak cuba buat utk sakitkan, kecewakan hati sy? Tak puas lagi ke? Tak penat keKalau awk rasa berbelah bahagi utk memilih sy dan dia, pilih lah dia. Sy tak nak hidup dengan lelaki yang tak yakin dengan hati sendiri. Sy tak sudi nak serahkan jiwa raga sy untuk lelaki yang permainkan perasaan sy. Sy tak suka diduakan. Kalau awk berbelah bahagi, silakan tinggalkan sy. Jangan kerana terpaksa, awk teruskan hubungan, tp dalam masa yg sama, awk mainkan perasaan sy. TERUS TERANG! It is the best way utk bahagiakan dua-dua belah pihak. Sy bahagia, awk bahagia. 

Sy dah penat pertahankan hubungan kita. Sy dah cuba sehabis baik. Tp kalau hanya sy seorang yg usaha, tiada guna. Dulu awk selalu pesan pd sy "doakan utk kita". Everyday/everynight dalam solat fardhu, solat hajat sy selalu doakan utk kita. Adakah sy seorang yg mendoakan
? Awak? Atau ada nama wanita lain dalam doa awk

First day kita kenal, I said to myself, "apa jadi pun, aku akan terima segala kekurangan dia". Awk ckp "sy sayangkan hubungan kita, sy sayangkan awk, Zahra". Tp dalam masa yg sama awk luahkan rasa sayang pd wanita lain juga. Adil ke utk sy? Awk anggap sy siapa? Kawan semata-mata, atau serius untuk jadikan sy suri hati awak utk selamanya? Awk tak penat ke nak melayan 2 wanita dalam satu masa? Kalau tak penat, silakan cari wanita lain untuk diduakan. Please, bukan saya! 

Awk pernah bayangkan tak, seandainya ada lelaki yang duakan adik perempuan awk. Apa yg awk rasa? Itulah yg adik-adik sy rasa. Mereka tak yakin utk serahkan kakak mereka ni pd lelaki yang tak pandai nk menghargai, yang tak bertanggungjawab. Awk ambil hati sy, tp awk koyakkan, awk hancurkan. Adil ke utk sy?

5 tahun, walaupun kita jarang berhubung, tp tiada apa-apa ujian. Bermula latihan awk di Tabung Haji Alor Setar, segalanya berubah. Lembutnya hati awk, mudah bahagikan cinta dan kasih sayang mcm tu je. 

Kalau awk sayangkan sy, tunjukkan effort awak. Yakinkan Abah Ummi, awak boleh jadi seorang suami dan pembimbing yang baik untuk sy. Yakinkan Abah Ummi awk boleh jaga dan sayang sy seperti mana Abah Ummi jaga dan sayang saya. Telefon Abah Ummi, explain everything! Mintak maaf pada permata hati sy. Awak dah lukai perasaan permata hati sy. Sampai hati awk! Abah Ummi hanya letak syarat untuk tunggu awak dapat kerja sebelum mereka beri izin utk kita kahwin. Tp awk tipu sy. Sy bermatian igt awk berusaha cari kerja di sana, rupanya ada agenda lain. Sampai hati awk. Sy tak tau syaitan mana yg hasut awk sehingga awk hanyut mcm ni. 
Bakal suamiku, kali terakhir sy beri awak pilihan. 

Pilihlah sy atau dia? Bukan kerana terpaksa utk mencintai dan menyayangi, tp kerana hati dan pilihan awk sendiri. Tak mengapa, sy redha.

My future husband, I put trust on you 100%, I love you so much, tapi ini ke balasan yg sy dapat? Adil ke utk saya? Show me your effort to bring back my LOVE towards you, towards our relationship if you love me not as your friend, but as your FUTURE WIFE! Kalau tidak, sy merayu sangat-sangat pada awak, tinggalkan saya, lepaskan saya. Biarkan saya bebas. Saya dah tak tahan nak menanggung sakit sorang-sorang. Kasihanilah saya.

Sincerely,
Bakal isterimu yg kamu telah sakiti...

0 comments: