Bismillah, Assalamualaikum. After a few months i 'menghilangkan' diri, now I'm back! Tak sangka ramai yang masih 'menanti' sambungan kisah dari tulisan saya yang lalu. Terima kasih for the support.
On July 2019 (I forgot the exact date), finally I'm broke up. Alhamdulillah, Allah beri izin untuk merasa jadi tunangan orang selama 7 bulan. Macam mana kami putus? Secara ringkas saya ceritakan, saya poskan cincin pertunangan, everyday I check tracking nak tengok cincin sudah selamat sampai ke rumah si dia atau belum. And finally selang beberapa hari cincin 'delivered'. Apa yang mengejutkan adalah, no call, no text, no whatsapp from him at all! Tipu lah kalau kita tak menunggu kan. Everyday I tunggu mesej (more to mesej pujukan?) dari dia, but nothing! Even kata maaf.
Selang seminggu Abah tanya "Apa status kakak dengan Luqman sekarang?" And I said "Kakak dah pos cincin". For sure Abah terkejut lah dengan tindakan yang saya buat. Tapi itu je jalan yang saya fikir untuk kebaikan dua-dua pihak?. Then Abah bagitahu Ummi. Balik dari kerja, saya, Abah dan Ummi berbincang. Then Abah Ummi decided untuk call mak ayah dia. And I said, why kita yang kena call eh? Nak marah lah of course! Anak dia yang buat hal, tapi aku dengan family yang nak kena tunduk, mintak maaf? What the h***! Abah Ummi still teruskan plan nak call parents dia. And yes, I dengar sendiri perbualan mereka. Guess what? 1 benda lagi yang mengejutkan saya adalah, parents dia tahu cincin saya dah pulangkan, tapi parents and family dia semua diamkan, buat tak tahu like nothing happen between my family and his family. Helloooo! Putus tunang okay, bukan putus hubungan. Pertunangan, hubungan yang melibatkan dua-dua buah keluarga. Bila putus, boleh kau dengan keluarga kau act like nothing happened! Sumpah masa aku dengar ayah dia cakap macam tu, hati aku membara! Bapak ahh. Baru aku kenal perangai kau dan keluarga kau macam mana.
Siapa yang tak rasa marah kan. Aku dengan family berkorban beribu ringgit untuk majlis pertunangan hari tu, bila jadi macam ni, dia dengan family langsung tak ambik kisah. Even dia sendiri, dah buat salah, tak ada kata maaf pun sampai ke harini pada aku dan keluarga aku. Diam seribu bahasa! Dasar lelaki tak g***!Ayah aku whatsapp dia untuk ucapkan Hari Raya, dia bluetick je msj ayah aku. Korang rasa? Memang kurang di ajar betul perangai dia. Sungguh tak sangka dengan segala perangai dan tingkah laku dia. Selama 6 tahun hubungan kami, dia lah yang aku anggap lelaki paling soleh yang akan bimbing aku sebagai seorang isteri, rupanya Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Bro, lelaki gentleman kan bila dah buat salah, mintak maaf. Bukan diam seribu bahasa, buat macam "lembu kenyang". Belajar agama kan, adab mana?
After all this, tipu kalau aku tak teringat kenangan kami yang dulu. Gambar dia saya masih simpan sebagai kenangan. 6 tahun, tak mungkin saya dapat hapuskan 100% macam tu je. For sure perlukan masa untuk pulih. Yes, still harapkan kami boleh pulihkan kembali hubungan kami. Tapi tak ada guna kalau hanya saya seorang yang letakkan effort tu kan. Normal lah kadang-kadang datang jugak perasaan sedih dengan apa yang terjadi. Orang lain kalau still ada rasa sayang, putus macam mana pun, akan ada effort untuk pulihkan kembali hubungan. But not for my case. Aku je yang b***h. Harapkan lelaki yang tak pernah sayangkan aku. 6 tahun aku bazirkan masa untuk hubungan yang sia-sia, dengan seorang lelaki yang tak g***. Andainya aku tahu begini kisahnya, aku pun buat benda yang sama. Curang, cari lelaki yang jauh lebih baik dari dia, having affairs, plan nak kahwin dengan lelaki lain, keluar dating dengan lelaki lain. Allahuuu...
Oh guess what? Dia dan perempuan perampas tu is getting married soon guys! Mohon kalian doakan yang baik-baik untuk mereka. Semoga hubungan yang kalian bina di atas penderitaan orang lain akan bahagia hingga ke Syurga hendaknya. Now baru saya dapat jawapan dari semuanya. 6 tahun ini, awak hanya anggap saya bukan siapa-siapa. Terima kasih sudah bazirkan masa saya selama 6 tahun untuk kekal setia dengan lelaki macam awak. Sungguh saya tak sangka. Lelaki yang saya hormat sebagai lelaki yang soleh, yang baik, tapi di akhirnya awak tunjukkan belang. Cuma satu soalan saya yang mungkin tak akan terjawab "Kenapa", "Kenapa pada saya awak buat semua ni?" Kalau dari awal awak tak nak saya, lepaskan saya, bagitahu pada saya. Kita boleh putus hubungan dengan cara baik. Bukan putus tunang. Awak dah malukan saya dan keluarga saya keseluruhan. Faham tak perasaan bila balik kampung, saudara mara tanya "bila nak kahwin" (sebab mostly sedara mara dah tau saya sudah menjadi tunangan orang). Awak malukan saya sorang tak apa, tapi awak dah malukan keluarga saya, mak ayah saya! Sakit tau tak!! Mungkin awak tak rasa semua tu sebab awak tak ada perasaan mungkin? Tapi saya dan keluarga kena hadap semua. Kena hadap saudara mara, hadap jiran-jiran, hadap kawan-kawan. Tau tak benda tu menyakitkan dan memalukan!
Last text saya dapat dari dia adalah, dia kata everything yang saya luahkan di blog adalah fitnah untuk bakal isteri dia. What the ****! Itu yang kau rasa dan fikir? Semua itu fitnah? Awak, perempuan yang baik dan solehah tak akan mengganggu hubungan/tunangan orang lain. Tapi your future wife? Terangan dah tahu awak tunangan orang, but still tak tahu malu 'jual diri' jugak semata nak hancurkan masjid yang bakal orang lain bina. Suka eh tengok hubungan orang lain hancur? Apa rasa eh? Ataupun, maybe your future wife dah tolak you, tapi you yang konon dah jatuh cinta pada dia, sayang mati dengan dia? (nak muntah aku). Sebab tu you tinggalkan i, malukan i dan keluarga i. Like that ke? Kalau the latest tu betul, awak memang lelaki yang tak guna!Mohon buang segala jubah, kopiah awak tu ke laut. Pakaian awak tak melambangkan peribadi awak langsung!
Seriously saya sakit hati sangat dengan apa yang jadi. Dah cuba nak ikhlaskan dan redhakan dengan semuanya, tapi sebab kau dan your future wife tak guna tu dah malukan keluarga aku, itu yang menyakitkan aku tau! Please, kau nak sakitkan aku, nak tinggalkan aku, nak ludah-ludah aku, aku terima. But not my family. I love my family. Kau sakitkan mereka, kau sakitkan aku berjuta kali. Demi Allah aku bersumpah, kau dan bakal keluarga kecil yang kau akan bina tak akan bahagia dan kekal. Allah itu Adil! Terima kasih untuk semuanya sepanjang 6 tahun ini. Terima kasih untuk effort (ada ke?) yang awak dah buat untuk saya, terima kasih sudi jadi lelaki idaman saya 6 tahun yang lalu. 6 tahun lalu, you are my everything. Thank you! Segala kenangan kita saya akan simpan untuk jadikan pengajaran hidup saya. Bukan mudah untuk saya hapuskan segala kenangan kita selama 6 tahun. Mungkin bagi awak tak banyak pun kenangan yang kita cipta, tapi tidak bagi saya. Kamu adalah lelaki idaman saya. Segala nasihat baik dari awak saya ambil, segala kata semangat dari awak saya simpan kemas. Mengenalimu dan seluruh keluargamu adalah hal yang terindah dalam hidup saya. Terima kasih. Terima kasih juga untuk kesakitkan yang awak tinggalkan. Thank you for everything MLHMS.
Sorry for my words. Siapa yang tak sakit hati kan lepas semua yang jadi. Sebab aku dah bazirkan banyak masa aku, sumpah aku memang sangat terkesan dengan apa yang jadi.
Pray for me guys! Moga Allah berikan kekuatan untuk saya bangkit semula dari kenangan, kisah silam yang menyakitkan ini. Ye, sangat sakit! Bila kita dah berikan seluruh hati pada seseorang yang sangat kita harapkan bakal menjadi sebahagian daripada hidup kita, tapi secara tiba-tiba kita ditinggalkan tanpa kata macam tu je. Memang ia menyakitkan. Mereka? Biar Allah sahaja yang balas.
50% saya sudah ikhlaskan segalanya walaupun masih lagi berbaki kesan itu dihati dan kehidupan. Kata-kata semangat daripada orang sekeliling yang amat saya perlukan saat ini untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah Allah kurniakan saya keluarga dan sahabat-sahabat yang baik, yang sentiasa berikan motivasi untuk saya bangkit semula dari kekecewaan yang lalu.
Akhirnya, jodoh saya dan dia tidak panjang. Allah ingin menggantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah.
Sunday, 10 November 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment